Assalam...
Saya pengemar kek. Cewah nak buat confession yang saya suka makan kek dan rasa ada yang tak kena jika tak mencicipi dessert. Golongan berisiko senang dapat penyakit sebab suka makan benda manis kata orang, lagi-lagi bila umur berkaki tinggal sikit nie.
Orang terer buat kek, setakat buat kek marble ini sebelah mata jer, ada yang pejam mata dah jadi, boleh lah guna tagline paling senang, paling mudah, sure jadi gebu gebas. Tapi saya orang yang dah tak berapa nak muda, masih merangkak-rangkak nak belajar, susah gak lah rasanya.
Ada beberapa resepi yang dah cuba buat, tapi kadang tak menjadi seperti yang diingini. Ini resepi yang baru jumpa, dan dicuba. Hasilnya memang sangat memuaskan, tapi maaf saya dah lupa saya jumpa kat mana resepi tu.
Kek Marble
Sumber:
Bahan-bahan
250gm butter / majerin - saya guna planta
250gm tepung naik sendiri
250gm gula castor
8 biji telur B
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko - saya guna 2 sdm coklat emulco.
Cara Penyediaannya
* Cairkan mentega / majerin dan sejukkan.
* Putar telur, gula, esen dan ovalette hingga kembang dan warna pucat (guna speed tinggi).
* Masukkan tepung sedikit demi sedikit (guna speed rendah).
* Masukkan majerin cair, gaul sebati.
* Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu warna asal satu lagi warna coklat. (Boleh nak guna warna apa pun terpulang kreativiti sendiri).
* Masukkan adunan ke dalam acuan secara berselang seli hingga habis.
* Bakar selama 40 minit dengan suhu 170'C atau hingga masak (ikut kepanasan oven masing-masing).
Esok kan cuti depavali boleh lah buat untuk makan-makan bersama keluarga tercinta. Happy Dilwali untuk semua kawan-kawan yang meraihkan pesta cahaya esok.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment