Saturday 16 September 2017

Senja Di Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)


Assalam...
Rindu nak pergi ke sini lagi, tapi entah bila ketika itu akan diulangi.  Percaya pada rezeki, jika ada pasti akan terlaksana. 


Petang tu kunjungan memang diperuntukan untuk melihat matahari terbenam sebab orang kata di sini antara yang tercantik.


Sangat bertuah sebab hampir setiap hari di mana-mana saja pelusok tanah air, kita boleh menyaksikan fenomena matahari terbit dan tenggelam.  Antara rahmat tuhan yang terindah.


Di pentas itu, selalu ada pesta budaya penduduk setempat diadakan.  Kurang tahu waktu dan sempena hari apa. 


Tanpa ramai pengunjung petang itu lebih terasa damai dan nyaman.  Bebas untuk memilih hendak melangkah ke mana untuk menikmati senja.  Jumpa sepasang couple orang putih yang menyewa teksi dari KK datang semata-mata untuk melihat sunset.


Senja nan merah, samada betul-betul merah atau kesilapan setting kamera phone yang masih bernyawa ketika itu.  Agak kecewa sebenarnya sebab ketika itu, semua phone dan kamera kehabisan bateri.


Sentiasa hargai nikmat yang diberikan oleh Allah swt supaya kita lebih dekat padaNya.
Wassalam..

No comments:

Post a Comment