Assalam...
Kalau balik kampung Pahang, tak lupa nak singgah isi perut di sini. Tak kisah lah perjalanan balik kampung atau perjalanan balik ke kl semula. Kalau tak sempat singgah masa pergi, kita singgah masa balik. Tahu pun sebab kawan ajak singgah sini untuk berbuka puasa beberapa tahun lepas. Sejak dari hari tu lah memang singgah sini untuk makan sup ekor.
Ini lah sup ekor power yang kami paling suka setakat ini. Sering kali jadi umpan pancing yang dipasang oleh en.Abe sebagai ajakan nak balik kampung. Bukanlah kata tak nak balik kampung bila tak dapat makan sup ekor, tetapi ada ketika saya tak boleh ikut en.Abe selalu tanya tak menyesal ke tak nak ikut, nanti tak dapat makan sup ekor Bentong? Nampak sangat kecintaan tu tinggi kan.
Dua minggu lepas sempat singgah semasa perjalanan balik kl. Sambil menunggu kak long dengan abang long join sekali, kami selesaikan magrib dulu di masjid berhampiran. Selalu memang kami tak order menu lain, tapi hari tu en.abe tak nak makan nasi jadi diordernya bihun kungfu. Sedap juga, lagi satu saya memang suka sebab banyak sayur dalam bihun tu.
Kalau ada sesiapa yang sampai Bentong boleh lah try makan di Restoran Kak Mie ini. Lokasi dia di Jalan Bentong Lama sebelum sampai pekan Bentong kalau dari arah KL. Kalau dari highway keluar ikut susur Bentong Barat selepas tol, akan nampak ada deretan rumah kedai warna warni, Restoran Kak Mie ini terletak di hujung bangunan rumah kedai itu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment