Saturday, 29 October 2016

Kenduri Kahwin di Subang, Segamat & Tumpat...


Assalam...
Cerita beberapa majlis walimahtul urus yang dihimpunkan.  Mula nak buat entry berasingan tapi tak sempat, namun tetap jugak nak masukkan cerita ini untuk kenang-kenangan.  Majlis pertama, anak rakan sekerja yang berlangsung di Subang Bestari (masih musim raya masa tu).  Pasangan Hafifi dan Aisyah kedua-duanya masih menuntut di salah satu pasantren di Indonesia.


Bapa pengantin kerjaya sebagai chef, semestinya sangat arif tentang hidangan untuk meraihkan tetamu.  Lepas makan nasi, kami pulun makan menu goreng-goreng pula sambil menunggu ketibaan rombongan pengantin. 


Ustaz dari kumpulan Rabbani yang membacakan doa dan mengalunkan qasidah pada majlis tersebut.


Pasangan pengantin ke-2 ini pula majlisnya berlangsung di Segamat Johor, pasangan Nor Helmi dan Afiqah.  Gembira sangat bapa pengantin, anak lelaki dia dah dapat pasangan hidup, selama ini mereka berdua saja setelah isteri dan anak lelaki sulung meninggal.  Yang tak menahan usikan daripada kebanyakkan tetamu bertanyakan bila agaknya bapa pengantin nak naik pelamin. 


Kalau pergi majlis kenduri orang Johor menu wajib nasi beriyani dan telur pindang yang paling saya suka.  Dapat pula bawa balik berkat yang banyak bukan saja lauk kenduri, disebabkan musim buah ketika itu, buah rambutan dan durian pun jadi bekal.  Di majlis ini tak jumpa lah tradisi tol sebab ini rumah pengantin lelaki.  Kat sini lah saya jumpa menu ayam tempayan dan pulut panggang sedap. 


Balik dari kenduri kami menyinggah di Freeport A'Farmosa Outlet.  Konsep shopping di sini macam dekat premium oultlet JB.  Semasa perjalanan pergi Segamat memang lalu tempat ini, sebab tak tahu ianya tempat shopping, boleh pula saya ingat bangunan tu adalah show room.


Kenduri ketiga adalah sepupu en.Abe (Kak Cik, anak ke-4 Mok Nik) di Tumpat Kelantan.  Saya pergi bersama adik ipar, en.Abe tak ikut sebab tak dapat cuti.  Kiranya ini day trip juga, awal pagi fly dari klia kemudian malam tu kami balik dari Kota Bahru menaiki bas tambahan.  Tahu sajalah, kalau last minute pergi pantai timur musim-musim cuti ini memang susah nak dapatkan tiket.


Majlis terima menantu ini Mok Nik hanya buat kenduri kesyukuran, buat secara sederhana katanya.  Lauk kenduri di masak seraca gotong royong oleh kakak-kakak, adik-adik dan anak saudara Mok Nik.  Tak jemput ramai orang, tetapi tetamu yang datang ramai jer saya tengok dari pagi sampai ke malam tetamu tak henti.  Maklumlah Mok Nik dan suami adalah guru, maka ramailah orang kenal.


Family pengantin walaupun masih ada ahlinya yang tiada di dalam gambar.

Selamat pengantin baru kepada semua pasangan, selamat menjalani kehidupan berumahtangga semoga kekal hingga ke jannah.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment