Assalam....
Dah terjatuh hati dengan minuman ini, minuman soda herb. Ada yang kata popular dekat kedai william dekat sini, tapi tak pernah lah pulak minum di situ.. lagipun dah lama sangat kami tak pergi makan kat situ, memang tak akan pergi kot...
Pertama kali buat ketika bulan puasa lepas, hari itu ramai-ramai kami berbuka puasa di rumah jadi buatlah sebab ingatkan best kalau dapat dinikmati bersama. Nak dijadikan cerita, hanya tuan rumah yang minum, tetamu semua tak berehi nak minum air ini. Walaupun sedap, tuan rumah pun agak-agaklah nak syok sendiri kan sebab tetamu hanya berehi minum air sirap...hahahaha. So mana yang lebih tu kita sumbat masuk peti, sebab masa yang sama kalut nak balik kampung.
Oleh kerana masih tak puas hati lagi menikmati minuman ini, sampai kampung malam raya buat lagi. Kesian bapak terkocoh-kocoh pergi ambil serai malam-malam buta, cepat jer serai tu ada bila kita tanya ada serai ke tidak (almaklum bekas tokeh serai, mana boleh kata dah takde pokok serai lagi). Agaknya beliau ingat kita nak campur dalam masakan sebagai menu hari raya keesokkan harinya.
Minuman Soda Herb
Sumber: Pelbagai
Bahan-bahan
Air ice cream soda
Laici dalam tin
Asam masin
Daun pudina
Serai - ketuk
Lemon (optional) - hiris
Air masak atau ketulan ais
Cara Penyediaan
* Campurkan semua bahan dalam bekas, sesuaikan dengan rasa manis yang dikehendaki.
* Saya letak hanya sedikit saja air soda, sebab dah gunakan semua air laici alam tin dan lebihkan dengan air masak.
* Saya tidak letakkan ais batu tetapi biar seketika dalam peti ais hingga sejuk sementara rasa asli daripada bahan-bahan bercampur mesra.
Di kampung rasa seronok, sebab ramai jugak yang minat minum soda herb ini. Walaupun ada yang terkejut bila diberitahu air tu dicampur dengan serai. Yang bestnya sebab mereka sporting walaupun mereka tak minum banyak tetapi tetap nak mencuba sedikit, tidaklah tuan rumah bermuram durja sebab air dihidang tidak dikerling kalau sebelah mata oleh tetamu. Bapak seperti biasa tidak gairah dengan makanan lain selain menu hari-hari yang dia biasa makan.
Wassalam.
Pn dapur saya selalu buat utk berbuka puasa yg lepas.
ReplyDeleteSedap...n bagus untuk mereka yang ada masalah sembelit.
Delete