Sunday 31 July 2016

Sambal Habanero...Bedengung Pedasnya.


Assalam...
Minggu lepas, ada tugasan untuk membeli barangan untuk syarikat sambil mencari barang mata melilau melihat apa yang ada dalam rak.  Mata terbekenan dengan bentuk dan warna cili ini.  Dalam hati tunggu siapkan tugasan baru fikir untuk cari barang sendiri walaupun sebelum tu kata tak nak beli apa-apa.
 

Nama cili pada pembalut, harga boleh tahan jugak kalau nak banding dengan harga cili padi biasa kita beli atau mungkin jugak yang ini cili import.


Mula ingat nak buat sambal terasi mentah saja, tapi ketika memotong cili habanero ini untuk diletak ke dalam sayur tumis, dah terasa pedas yang lain macam.  Jadi tukar plan buat sambal terasi tumis lah.  Blend jer semua bahan-bahan kecuali tomato tu separuh blend dan separuh lagi saya hanya belah 2.
 


Panaskan minyak dan tumislah bahan blend tu hingga masak, tomato letak bila sambal dah pekat.


Sambal sudah siap, masih panas-panas lagi, jom kita makan...tak sabar nak rasa pedas cili habanero ini lagu mana.  Iya lauk saya macam tu saja tak reti makan lauk macam-macam jenis, tak boleh nak rasa nikmat makanan kalau macam-macam sangat.
 




Cantik bentuknya sebagai hiasan, tapi sebalik kecantikkan tu ada sesuatu yang tersembunyi...
 


Kedudukan habanero dalam carta spesis cili-cili di dunia, kalau perhatikan tempat ke-5, kira cili padi kampung yang kita selalu makan tu yang juaranya (pure capsaician).
 

Tapi walaupun tempat ke-5, jenis pedas dia tu tak tau nak habaq, pedas lain macam mungkin sebab kita selalu dan sudah terbiasa dengan pedas cili padi, dah immune.  Pedas cili habanero ini, masa potong pun dah berdegung, menyucuk ke hidung.  Kalau yang suka bersin tu memang tak berenti hang cium sana hang cium sini.  
Wassalam.

6 comments:

  1. memang pedas sangat cili ni kaknoor bawa balik sebotol masa kat UK siap dah buat sambal
    sekejab je makan dh habis sbb semua yg dalam rumah hantu pedass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat semangkuk kak, bawa ke tempat kerja makan ramai2 baru syok.

      Delete
  2. Memang pedasnya lain macam lebih-lebih lagi dekat bahagian yang kulit pegang isinya tu.
    Sebabtu dah malas nak tuai benih dari habanero ni seksa tangan rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pakai glove kalau nak petik ini...
      ada kawan di sabah suruh bawa balik dia nak buat bibit.

      Delete
  3. Replies
    1. Encik WP, bolehlah cari n tanam cili ini...tapi dalam tu biji tak banyak macam cili padi.

      Delete