Thursday 5 May 2016

Aneka Dodol & Wajik Ani, Sekinchan


Assalam...
Hari tu lepas berlari-lari kami sambung jalan-jalan hingga ke Sekinchan.  Mulanya nak pergi lepak-lepak di rumah kawan di Sungai Besar, tapi sebab dah lewat dan pak supir sudah keletihan kami end up di tepi bendang dan Masjid An Nur Kampung Sg. Haji Dorani kemudian kami putuskan kembali ke pangkal jalan.  Ketika melalui Sekinchan tadi en.Abe cakap nak singgah beli dodol sedap kat sini, dia pernah makan katanya. 

Dodol cik Ani inilah yang dia claim sedap dan terkenal tu, orang tempat kerja dia yang bagi info lah tu.  Iye ker, sedap? ikutkan sajalah.  Sejak dah tak boleh makan dodol pak andak (Ayob Abd Samat) saya belum jumpa lagi yang saya suka, terutama dodol durian beliau.  Semoga dicucuri rahmat roh mereka suami isteri di sana.



Lepas kami ambil dan bayar dodol yang dikehendaki, terasa ramah petang tu tanya pasal pembuatan dodol ini.  Orang yang layan kat gerai tu (lupa tanya nama) anak atau suami Cik Ani ke tu? tak tahulah, ajak we all pergi melawat tempat mereka buat dodol.  Bangunan yang berasingan terletak dibelakang rumah.  Tempat khas dan terasing daripada aktiviti rumah tangga merupakan salah satu kriteria yang melayakkan apa-apa produk makanan untuk mendapatkan sebarang sijil berkaitan penghasilan produk.



Hari itu, mereka tak buat dodol sebab mesin pemerah santan mereka rosak, jadi kami dapat meninjau saja dalam kilang tu.  Difahamkan masa untu menghasilkan dodol walaupun dengan mesin pengacau mengambil masa kira-kira 7 jam.  Kalau kacau guna tangan, minta ampun mak.



Susunan dodol yang telah siap di pek-pek, terdapat banyak pilihan dodol yang disediakan oleh Cik Ani antaranya dodol asli, dodol durian, dodol pandan, dodol jagung, dodol labu, dodol pulut hitam, dodol kacang merah dan wajik.  Saya pilih yang biasa makan saja dodol asli, pandan, dan durian.  Sesiapa yang lalu tu bolehlah singgah beli, tepi jalan jer dan ada banyak papan tanda.  Tolong support produk tempatan yang dihasilkan oleh orang kita.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment