Assalam....
Syukran diberi nikmat tahun ini dapat balik kampung walaupun sekejap saja (dalam masa 24 jam) untuk berbuka puasa bersama keluarga di kampung. Kami dapat balik sempena cuti Nuzul Quran dan kebetulan en.Abe off hari itu. Petang jumaat selepas waktu kerja, start journey dan keadaan lalulintas tidak begitu sesak dan kami sempat singgah di salah satu kedai makan di Bentong untuk berbuka puasa. Gambar yang bawah ini, adalah juadah berbuka ketika di kampung keesokkan harinya. Hampir semua disediakan sendiri oleh chek, sebenarnya chek buat kuih dan hantar ke kedai di kampung ketika bulan ramadhan jadi kami bebas nak simpan kuih mana yang kami rasa nak makan.
Pulut Lepo, seakan pulut panggang tetapi inti berlainan. Pulut Lepo inti guna serunding ikan sementara pulut panggang guna inti sambal kelapa.
Kuih akok, petang itu dapat belajar sikit cara membuat kiuh akok.
Roti john untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Ini dipanggil kuih bronok.Buah-buahan tak ketinggalan ada 3 jenis.
Paling best buah kuini tu, rasa nak makan lagi dah habis....
Lauk ayam dan kuah percik.
Yang ini pertama kali jumpa dan makan, Acar Masak namanya. Menurut pak mertua, yang ini tak berapa completed bahannya sebab hanya letak timun saja.
Teropong apa yang ada di kebun, mana tau ada yang boleh ditapau untuk bekalan makanan di hutan batu. Pokok-pokok dah kembali subur walaupun dah tenggelam dalam banjir besar tempoh hari.
Seronok tengok air muka orang tua yang ceria, sebab anak-anak dapat balik secara bergilir-gilir berbuka puasa bersama pada tahun ini termasuk yang duduk jauh. Kiranya kami pun dapat rezeki bekalan kuih-muih beberapa kali dalam bulan ini. Tahun ini kami beraya di hutan batu lagi, jadi sekurang-kurangnya balik kampung pada bulan puasa ini kami gunakan sebaik mungkin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment