Assalam...
Jom kita masak menu murah, yang kosnya mungkin hanya seringgit ataupun kurang dari nilai seringgit, kecualilah kawan-kawan letak daging atau isi ayam dalam tu. Sayur taugeh walaupun murah tapi berkhasiat ya kawan-kawan. Sebab penyediaan pun mudah, sesuai sangat untuk mereka yang kurang masa di dapur tetapi masih mampu untuk memasak menu berbuka atau bersahur.
Taugeh Goreng Ikan Masin
Sumber: Mulia
Bahannya
Taugeh secukupnya
1 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah
1 ketul kecil ikan tenggiri masin
Sedikit bawang bawang / sup
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa
Penyediaannya
* Basuh dan bersihkan taugeh dan toskan.
* Tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan. Masukkan ikan masin yang telah dipotong kecil-kecil.
* Masukkan sedikit air bila nak kuah. Masukkan cilih merah, batang sup atau bawang.
* Masukkan taugeh dan akhir sekali masukkan garam dan perasa.
* Masak sekejap saja jangan biar taugeh hingga layu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment