Saturday, 27 June 2015

Ramadhan Kareem: Sungkai Hari Ke-3

Assalam...
Ramadhan ke-3, ada beberapa hal yang perlu diuruskan pada hari cuti, kebetulan bercuti pada hari yang sama jadi kita buat hal yang perlukan berjalan jauh sikit hari ini.

Keluar selepas zohor dan plannya akan singgah mana-mana bazar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa in case tak sempat balik ke rumah waktu berbuka.  Tapi target kena balik rumah sebelum azan maghrib berkumandang.

Singgah bazaar ramadhan yang besar dan meriah di perkarangan stadium Shah Alam untuk membeli air dan apam balik.  Tapi kami tak jalan dari gerai mula hingga gerai hujung.  Jumpa gerai air, gerai apam balik, beli sikit sebagai bekalan berbuka diperjalanan.  Alhamdulillah dapat sampai rumah sebelum maghrib.  Rezeki kami dengan juadah petang tu, apam balik rasa ok, cukup sifat, cuma sedikit duka dengan air cendol pulutnya manis tiada apatah rasa lemaknya.
Wassalam. 

No comments:

Post a Comment