Saturday, 27 June 2015

Ramadhan Kareem: Malam Ramadhan

Assalam..
Tahun ini kami menyambut ramadhan sangat sederhana.  Seperti orang kehilangan rentak pun iya.  Bila saya cakap kita tak sedia itu ini lagi, en. Abe cakap releks sudah.  Takde nak beriya sangat, beriya yang saya maksud tu seperti tahun-tahun sebelumnya yang selalu diiringi dengan food garlore.  Konsep beriya itu kita tukar konsep kepada yang lebih baik.  

Saya sangat bersyukur kerana ini tahun ke-2 saya ada peluang untuk menggunakan kesempatan ramdhan yang sebaik-baiknya.  Tahun ke-2 yang tidak memerlukan saya bertugas dibulan ramadhan.  Jadi jika sebelumnya fikir nak berbuka di mana, tahun ini kami tukar plan nak pergi teraweh di masjid mana selain surau sedia ada di kawasan kami ini.   Semoga berjayalah plan ramadhan kami tahun ini.  Teraweh pertama hanya En.Abe yang pergi kerana saya masih bercuti dan sebagai pembangkit semangat orang tu berteraweh sediakan kopi panas dengan jemput-jemput pisang.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment