Assalam...
Hari jumaat ramadhan ke-9, en.Abe cuti, dia kata tak perlu masak kita ke bazaar ramadhan. Saya mana-mana pun ok. Dia pesan lagi, kita pergi beli air dan cari nasi ambeng saja. Tahun ini kita kurangkan gi bazaarlah, makan kat rumah jer...So anggap jer ini peluang yang hanya datang sekali untuk tahun ini ke bazaar ramadhan lepas ini dah tak boleh pergi sebab kena kerja petang. Kita ikutkan ajer dan kita tengok lah nanti macamana.
Kami ke bazaar ramadhan Kelana Jaya, yang terdekat dari tempat kerja. Jumpa gerai roti bom, singgah beli. Jumpa gerai murtabak, beli jugak..makanan kegemaran dia berbuka puasa ini, banyak kali sebut, hint nak suruh belajar ker tu?.
Gerai cendawan corner, turn saya pulak, nak rasa sebab dengar kawan tu cakap sedap jadi teruja jugak nak makan. Saya ini orang yang tidak mendapat vaksin imunisasi dengan iklan. Tiga mangkuk RM5.00 boleh campur-campur rasa.
Jalan sampai ke hujung. Bukan tak jumpa awal tadi dengan gerai nasi ambeng, dah lalu 2 gerai yang sama. Tapi kami pilih gerai yang hujung sekali.
Tiada antara kami yang orang jawa, tapi suka jer makan nasi ambeng ini.
Contoh portion untuk nasi ambeng special.
Yang ini pun macam sedap jer...ah beli satu yang dalam cup.
Bila jumpa gerai air macam ini...semua rasa sedap, nafsu semata. Sebungkus RM3.00, dua bungkus RM5.00.
Sebab kata, 1st and last pergi bazaar ramadhan kan, en.Abe kata takpe rasa nak makan beli, toksah kedekut ngan benda makan. Kadang saya bercerita tentang sesuatu yang orang jual, itupun dia nak beli. Tapi ada satu gerai air yang tak boleh blah dengan penjualnya, siap marah-marah kat customer sebab takmo beratur. Hasrat nak beli air jagung terpaksa dilupakan di situ. Belanja petang itu dekat RM50 jugak nanti kita sambung apa yang dibeli dengan nilai tu di bazaar ramadhan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment