Assalam...
Semalam singgah di Atria shopping gallery yang baru buka minggu lepas. Bukan tempat baru pun, lama dah ada Atria ini, tapi bangunan yang lama dirobohkan dan diganti yang baru, diberi wajah baru dan nafas baru. Sebab dekat sangat dari tempat kami, maka singgah terjah nak intai apa yang ada, tetapi banyak lagi kedai yang belum dibuka. Walaupun baru lepas mengeteh kat mamak tadi, sebab jakun boleh lagi nak kopi-kopi di Selfie Coffee ini.
How selfie coffee work...
Boleh jer nak selfie sendiri, tapi kami tak selfie pun guna hanphone sendiri, pekerja tu yang ambil gambar. Lagi senang sebab iphone tu dah tersedia connect kat situ.
Boleh pilih-pilih gambar yang mana suka.
Ada pen dan pemadam...conteng-conteng dan padam, conteng lagi, padam lagi.
Air minum ini pun ada....biasakan kedai kopi ada bagi air ini nak potong rasa, kalau nak minum pelbagai jenis kopi.
Ambil masa jugak cofee nak siap dengan gambar tu, tetapi bila ralik menconteng jadi tak sedar benda tu lama..tulah motif disediakan pen dan pemadam tu.
Padanan untuk mengeteh....pelbagai jenis cake, tapi kami tak order sebab masih kenyang lagi.
Chips ini dapat free kalau order 2 minuman.
Ruang dalamam kedai.
Ini dinding, hiasan simple tapi menarik, guna wall paper dengan tali.
Atas juga guna tali-tali berjuntaian dan ada lampu.
Diorang dua ini pilih caramel macchiato, not bad rasanya. Lama renung dan ambik gambar baru dapat minum air sebab sayang kan.
Sebab konon tak minum kopi, kami pilih lah green tea latte ini, ya ampun tak boleh telan....bukan sebab air tu tak sedap, kami je kot yang tak reti minum green tea. Kampung.com betul lah.
Oh yah, hanya minuman sejuk saja boleh letak ambar selfie tu. Yang panas ngak boleh, nanti krim dam gambarnya cair ya buk.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment