Saturday, 27 June 2015

Bingka Sukun...

Assalam...
Baki buah sukun lembik yang ada sebiji lagi berjaya juga dijadikan bingka.  Disediakan selepas balik teraweh puasa ke-5.  Sebabkan nak cepat dan sudah lewat malam, saya terus masuk tidur selepas saja masukkan adunan bingka ke dalam oven.  Ini juadah berbuka puasa pada hari ke-6 dan dapat dibekalkan sedikit pada ayah mertua dan kawan sekerja.


Resepi saya guna dari blog Tun Telani.  Pertama kali mencuba dan hasilnya tidak mengecewakan.  Terima kasih Tun, sudi berkongsi resepi bingka sukun yang mudah dibuat, dan minta halal ya saya kongsikan di sini.


Bingka Sukun
Sumber: Tun Telani


Bahan2:

  • 450-500g buah sukun [yg dah agak lembik & tak boleh digoreng] (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air) - tun guna sukatan air dibawah
  • 4 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 180g gula
  • 300ml santan (santan kotak 'KARA')
  • 150ml air
  • 1 sk (sudu kecil) garam
  • sedikit vanila (optional)
  • sedikit pewarna kuning 
  • sedikit bijan utk tabur (jika suka) -tak letak


Cara2:

  • Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentel atau
  • boleh juga diblender
  • Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
  • (kalau utk loyang lebih baik alaskan dgn kertas minyak & lenserkan majerin-utk senang dikeluarkan kelak)
  • Tuangkan adunan & taburkan bijan
  • Panaskan oven terlebih dulu dan bakar dgn suhu 180°c (ikut oven masing2) sehingga 40-45 minit atau nak lebihkan garing pun boleh..
  • (tapi kalau bakar dlm bekas muffin kurangkanlah sikit masanya lama sangat nanti rentung pulak..!)
  • Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. Selamat mencuba..!

p/s - Nasib baik rentung atas jer, bangun sahur baru tengok.  Alhamdulillah oven tuaku masih boleh berbakti pada tuannya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment