Assalam...
Semua biskut yang baru nak publish tu buat yang tahun lalu sebenarnya. Lama sungguh baru ada kekuatan nak menyudahkan segala yang terperam ini. Tak terkecuali turut mencuba buat cookies terlaris dan bernilai tinggi sebab bahan-bahan yang digunakan tu semua mahal-mahal. Jadi kalau nak hidang waktu hari raya, kenalah buat dekat-dekat harinya, kalau tidak tinggal balang jer nanti.
Tepung florentine inilah yang mahal, tapi nasib saya baik masa membeli bahan-bahan, kedai tengah buat promosi, jadi saya dapat ini harga yang rendah. Perlu di ingat ada beberapa istilah untuk tepung florentine seperti di bawah ini dikenali sebagai cruncy cookie mix. Kalau tak pasti tanyalah pada tuan kedai bahan-bahan kek itu. Sebab saya ini jenis minat bermusim jadi tak tahulah harga untuk bahan-bahan buat kek dan pastri terkini. Mesti sudah mencanak-canak naiknya, itu yang saya dengar dari mereka yang sentiasa dalam bidang ini.
Resepi Florentine ini saya copy dari blog Wind of Change, sebab Ros dah tolong olah mengikut kuantiti tepung florentine dalam satu paket 500gm. Memudahkan jadi takdelah lebihan tepung tu nanti yang dibazirkan.
Florentine Cookies / Crunchy Nut Cookies
Sumber: Reswati
Rujukan: Masam Manis
Bahan2:
500 gm tepung Florenta
500 gm tepung Florenta
300 gm badam keping
200 gm kuaci hitam
200 gm biji bunga matahari
Sedikit bijan putih
Sedikit bijan hitam
(mommy letak sedikit biji habbatussauda)
#boleh juga guna kekacang yg lain ikut citarasa
secukupnya greaseproof paper.
Caranya:
1. Badam, biji bunga matahari dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit (bijan & habbatussauda tak perlu di bakar).
2. Setelah kekacang sejuk, satukan semua bahan dalam bekas.
3. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
4. Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja (greaseproof paper).
5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.
6. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 160C @sehingga karamelnya keperangan.
7. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan empat segi menggunakan pisau pizza.
8. Apabila sejuk, leraikan kepingan & simpan dalam bekas kedap udara.
Mencabar juga nak buatnya walaupun senang pada yang pakar. Buat ini kena cepat ketika step nak memotong florentine ini, kena potong cepat-cepat ketika masih panas-panas. Masa membakar pun sekejap saja, jangan terleka duk main dengan handphone nanti rentung cookiesnya. Lagi satu kertas pelapik tu kena betul, jangan pandai-pandai guna kertas minyak ker, kertas kajang ker, kang ada yang kena makan biskut bersama kertas.
Insha Allah tahun ini akan ulang lagi, tapi itu pun bergantung pada harga bahan-bahan. Kalau dah bahan jadi tak mampu beli, kena cari option lainlah jawapnya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment