Tuesday 17 March 2015

Rumah Pasung, Raub

Assalam....
Sebelum ini, setiap kali melalui jalan di tengah bandar Raub akan terpandang bangunan lama ini. Bibir asyiklah memuja kecantikan bangunan lama ini.  Kira hint nak singgah tengok, tapi takde sape yang kesahkan.  
Baru-baru ini, perjalanan dari kampung ke KL, jalan lenggang tak seperti hujung minggu yang selalu sesak.  Mood kawan kita baik kot, tiba-tiba nak singgah di seberang jalan yang bertentangan dengan bangunan lama ini.
Kita pun tak lepaskan peluang, ambik gambar bangunan ini.  Serius memang tak tahu bangunan ini dulunya berfungsi sebagai apa.  Nak pergi dekat bertutup rapat jer, jadi kita intai jelah dari seberang jalan.  Balik nanti kita tanya cik google atau tok wi.
Ibu Pejabat Kontijen Polis Raub yang baru, tidak jauh dari bangunan lama ini.
Zoom dekat papan kenyataan tak jumpa apa-apa.
Zoom ke bahagian warna emas yang terlekat di dinding luar dekat dengan pintu utama.  Oh salah satu bagunan warisan negara rupanya.
Tepat seperti yang difikirkan, bangunan lama ini adalah bekas Balai Polis Raub atau lebih dikenali sebagai Rumah Pasung yang digunakan sehingga 2006.  Dengar bunyi pasung tu, ngeri juga terbayang pula kosa kata pancung.
Bangunan ini merupakan yang tertua di Raub dan didirikan sebagai kubu yang mempertahankan lubuk emas dan biji timah British ketika itu dan membenteras kegiatan komunis.  Dikenali sebagai rumah pasung kerana fungsinya sebagai lokap untuk pelaku kesalahan jenayah.  Di balai inilah Mona Fendy, suaminya (Affendy) dan pembantunya (Jeremi) pernah ditahan reman sementara menunggu perintah mahkamah.
Atap genting dan ini memang masih atap yang asal.  Bentuk bumbung macam ini ker yang dinamakan bumbung limas?
Nak masuk melawat?, Perlu minta kebenaran secara bertulis kepada dan daripada Ketua IPD Raub. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment