Assalam...
Nak menyelesaikan satu urusan di KL Sentral petang itu. Lepas kerja ajak seorang kawan teman bukan takut pun jalan seorang tapi best kan kalau ada kawan nak lawan bersembang. Sampai tempat tujuan, kaunter tutup pulak, tunggu sampai jam 7 baru staff tu datang. Bila kaunter buka, beratur nak buat urusan, sampai giliran diberitahu system down dan tak boleh buat urusniaga. Frust kan.
Lepas tu teman kawan saya plak ke Parkson NU Sentral. Nak cari kasut kerja katanya. Sejak dari Penang hari itu cari kasut, tak jumpa-jumpa kasut yang diidamnya. Apa jenis kasut yang dia nak pun tak tahulah, kat sini nasib dapat sepasang walaupun cam berat hati jer tengok dia nak beli.
Selepas itu kami nak mengisi perut, mula fikir nak pergi food court tingkat atas. Tapi jumpa tempat yang menarik ini. Tak silap dulu tempat ini bekas kedai baju F.O.C atau factory outlet ker apa. Jalan sampai ke hujung memang best tempat ini, banyak kedai makan yang ada, citarasa malaysian, korean, mamak, nak lepak-lepak minum kopi layan cake atau pastri semua ada. Masih ada tempat yang tak buka lagi, tanya panjual kat situ, dia kata tempat ini baru buka semalam. Tapi oklah takdelah nampak kelam kabut.
Kedai kopi ada 2, 3 dalam ini, pilihlah mana-mana yang berkenan.
Kedai roti pun ada, saya tertarik dengan roti musang king yang ada duri-duri tu. Inti dalamnya betul-betul isi durian.
Penggemar nasi kandar, boleh dapatkan dari gerai Di Naina ini.
Kami pilih nak makan mee tarik. Dah lama dengar orang cakap pasal mee tarik ini tapi cawangan restonya macam jauh je nak pergi sampai ke Bangi. Kami order mee soup slice beef, yang nampak kuah jernih tu. Takut nak minta yang satu lagi sebab dua-dua orang pun masih batuk.
Aksi main hayun-hayun doh tepung, tarik-tarik jadi mee, skill yang tak semua orang boleh buat.
Lepas mee itu dilambung-lambung, ditarik-tarik, baling masuk dalam periuk besar untuk direbus.
Cashier dengan tukang buat ini, tak faham kami cakap apa. Cakap melayu, english dijawapnya bahasa cina. Nasib kawan saya ini faham juga mandrin. Jadi kami order main tunjuk-tunjuk jer flyer kat depan dia tu. Senang, menu pun ada 2 jenis jer.
Si penarik mee, dah kelelahan di penjuru dapur.
Sabtu lepas buat siaran ulangan lagi, makan mee tarik. Layan sorang jer hari ini. Hari ini frust juga tak boleh buat urusan tu, petang-petang system asyik down jer. Tension makcik, tu yang kata nak minum dan pekena roti jer, tapi at last pergi order semangkuk mee lagi.
Tengah-tengah makan, ada seorang kakak approach jual benda ini. Beli jelah. Saya selalu dengar dari youtube jer, takpe mungkin boleh dimanfaatkan pada orang lain yang tiada capaian internet.
Komen orang yang dah rasa mee tarik tapau untuk dia, katanya sedap. So bila-bila pergi KL Sentral boleh buat siaran ulangan lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment