Assalam...
Ekoran ubi kayu rebus hari itu yang tak habis dimakan sebagai sarapan bersama sambal tumis. Pada petangnya, nampak terbiar saja, diri sendiri pun dah tak dapat nak makan lagi. Cuba mengolah dengan resepi orang dulu-dulu supaya ianya tidak dibazirkan begitu saja.
Ikut cara mak saya dulu, ubi rebus dibuat kuih yang kami panggil sebagai TERRAJU' orang melayu panggil ubi getuk. Kalau dah buat yang macam ini, memang laku dah laju aje nak makan. Sebiji demi sebiji masuk mulut tak sedar dah habis. Mak saya dulu hanya mencampurkan ubi kayu rebus yang telah siap dilenyek dengan gula pasir tanpa kelapa parut. Resepi pun tak guna sukatan kerana semua main agak-agak saja.
Tarajju' A.K.A Ubi Getuk
Sumber: Mak Timah
Bahannya
Ubi kayu rebus - tumbuk hingga hancur.
Gula pasir secukupnya
Kelapa parut secukupnya
2 sudu makan tepung gandum atau tepung beras
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng.
Cara Penyediaannya
* Satukan isi ubi tumbuk bersama gula dan kelapa, gaul hingga sebati.
* Kepal-kepalkan adunan tadi dan bentukkan mengikut bentuk kesukaan anda sama ada bentuk bulat atau lonjong.
* Tepung gandum campur dengan air untuk membuat batter. Cair batter macam nak buat batter goreng pisang gitu.
* Panaskan kuali. Celupkan bebola ubi tadi ke dalam batter dan goreng.
* Bila dah warna keemasan, bolehlah diangkat dan ditoskan.

Kalau tak suka dengan kulit ubi getuk saya yang nampak macam kekampungan sangat tu, Kawan-kawan bolehlah buat batter yang menggunakan resepi buat tepung goreng pisang yang ranggup tu, macam yang orang jual.
No comments:
Post a Comment