Friday 9 January 2015

Selero Negori, Amcorp Mall

Assalam...
1st day seminar, hanya di sediakan refreshment.  Tapi kira berat juga ada bihun, sandwich, kuih & teh tarik.  Lunch sendiri, tapi saya dengan kawan tak pergi pun lunch. Masih full, untuk standby beli waffle dan berlegarlah di dalam Amcorp Mall (kawan saya sempat pergi keluarkan deviden asb dari pejabat pos).

Semasa belegar-legar itu, saya ada cerita kat kawan saya ini pasal satu resto kat tingkat 2, nama Selero Negori yang ex-bos suka makan dan belanja dulu.  My ex-bos tu dah tinggalkan company ini, moga terus murah rezeki dia sekeluarga dan sukses.  Kami memang tahu selama 2 hari hanya disediakan refreshment, tapi ketika nak break for lunch, bos cakap semua pergi Selero Negori.  Wah bestnya baru semalam sebut-sebut, hari ini dimakbulkan.  Alhamdulillah.
Konsep resto ini gunakan barangan antik, tengok kerusi dan meja kayu itu.  Meja kerusi memang tak kekal lama sentiasa bertukar sebab menurut mereka, meja dan kerusi itu jugak dijual bagi yang berminat.
Lauk pauk yang disediakan hari ini, nak pilih macam nasi campur atau cara berhidang pun boleh.
Ayam kampung goreng berempah best seller kat sini.  Sedap terutama tang serdak-serdak tu.
Abam ini tengah mengatur lauk pilihan untuk kami dalam dulang.  Ayam goreng berempah, keli goreng, masak lemak daging salai, pegedil daging, masak lemak pucuk paku & gulai nangka.
Bos tengah buat order dan pilih makanan, pilih buat hidangan. Air minuman sendiri pilih.
Ini signature dish di sini, makanan minang dan negori, memang pedas.  Saya dengan orang sebelah hantu pedas memang suka siap minta tambah sambal hijau.  Yang tak biasa makan, nasiblah terisap-isap mereka, kesian.
Long table, seramai 22 orang.  Ini sektor F&B dengan manufacturer saja, kalau sekali dengan energy serta property mau panjang lagi table tu.
Ini sebahagian group Langkawi & PJ.  Ada rezeki kita jumpa lagi. Makan kenyang-kenyang, lepas ini ada tugasan menanti bukan belanja saja-saja tau.
Balik outlet masing-masing kita cuba belajar sampai pecah kepala dengan sistem baru ini.  Buat sampai berjaya tau, ada kemusykilan kita beremail, caling-calling ya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment