Assalam...
Sayur brokoli antara sayur kegemaran yang kaya dengan khasiat dan sangat senang untuk disediakan. Brokoli yang telah dicelur boleh dibuat salad atau di makan begitu sahaja bersama sumber protein seperti ayam atau daging. Walau apa pun bentuk brokoli di sajikan ia tetap menjadi pilihan utama dan berikut adalah sajian sayur brokoli yang selalu kami sediakan.
Brokoli Dengan Cendawan
Sumber: Mulia
Bahannya
2 kuntum brokoli - potong mengikut kelopak
5 helai cendawan tiram / abalone - carikkan menjadi 2 atau 3
3 ulas bawang putih - chop
2 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung
sedikit air
serbuk lada putih
garam / serbuk perasa
garam / serbuk perasa
minyak untuk menumis
Penyediaannya
* Jerangkan air hingga mendidih. Celur potongan brokoli ke dalam air seketika. Jangan lama sangat nanti brokoli jadi layu. Angkat dan cepat-cepat masukkan ke dalam air sejuk, letak bekas bawah air mengalir (tips agar brokoli sentiasa kelihatan segar, hijau).
* Tumiskan bawang putih hingga layu, masukkan sos tiram, sedikit air, serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa.
* Masukkan cendawan dan gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.
* Masukkan brokoli, gaul sebati. Tutup api dan hidangkan serta merta.
Jangan biar sayur yang dah siap atas dapur sebab proses memasak akan berterusan dan memusnahkan vitamin yang terkandung di dalamnya.

P/s - Masih teringat jenaka bekas chef tempat kerja saya dulu, katanya bila hari kekasih tiba - adalah lebih baik menghadiahkan isteri atau kekasih anda dengan bunga kobis dan brokoli daripada bunga.