Assalam...
Hari merdeka hari itu, singgah mana-mana tempat ramailah manusia, kedai makan, kedai kasut, kedai baju, kedai kerongsang, semua penuh. Maju bisnes mereka. Sogo lagilah semua rebut-rebut sebab namanya ada Sales Merdeka. Saya memang dah tak sanggup nak masuk dalam tu.
Demi untuk menunggu satu geng lagi. Kami mencari pot untuk duduk sambil cuci mata. Geng tu pula semedang on the way masa kami call. Ini geng yang asyik tertinggal keretapi, we all dah nak balik, they all baru terhegeh2 nak datang.
Dapat satu meja untuk kami berdua, lepak situ dulu...dah duduk. Takkan tak order kan, tak order kalu nanti kena halau dek pekerja kat situ. So konon2 nak hi-tea, tapi order minuman dan french toast jer.....
Saya kalau dah jumpa suku sakat pastri, roti, bun, kek ini semua, memang asyik tergoda. Sukar untuk menolak, sebab semua ruang perut yang kosong dah berisi dengan beriyani, kita tapau bun bawa balik. One thing kalau nampak bun or roti kat The Loaf ini, rupa paras memang berbeza daripada bentuk roti kat kedai lain. Sumandak cakap yang lain rupa paras kemelayuan, keinggerisan, atau kecinaan, tapi di The Loaf rupa paras ala-ala kejepunan sikit kan?.
Buku menu yang berupa surat khabar, ingatkan orang tu beri risalah untuk dibaca. Tun tetap handsome!..
Nampak gambar-gambar tu memang menarik, harga pun boleh tahan. Idea Tun M yang dicetuskan melalui sentuhan kreatif para chef yang menghasilkan semua tu, amat mengujahkan.
Sebelum The Loaf keluar dari bumi Langkawi, setiap kali berkunjung ke sana berazam nak pergi Marina, nak cari bun The Loaf. Tapi setiap kali itulah tak kesampaian hajat.
Sekarang The Loaf dah banyak outlet kat KL ini, so bolehlah pergi mana-mana outlet yang terdekat. Tapi kalau rasa nak feel-feel yang original terbanglah ke Langkawi.
Buku menu ini bukan hanya memaparkan menu dan harga, tapi sarat dengan info berkenaan makanan dan ramuan yang digunakan. Bagus juga boleh educate pelanggan.
Dengan konsep all time favorites and all day menu, jadi anda boleh menjamu selera dari pagi hingga malam. Pasti ada menu yang sesuai mengikut waktu makan anda.
The loaf menyediakan pelbagai menu international, local mahupun oriental. Sangat banyak yang mengujahkan untuk dicoba.
Air yang ada buih tu, Langkawi Sunset yang satu lagi Moktail Loaf. Silap masa order tak baca ingredientnya. Tengah berpantang takut terkeluar susuk dua-dua saya tak boleh minum.
French Toast yang sungguh memikat. Mula2 masuk terpandang meja sebelah, diorang tengah benda ini, cakap kat sumandak order yang macamtu...tapi belek2 menu tak jumpa gambar yang serupa. So order jerlah yang light and easy sebab perut pun masih full dengan beriyani. Bila yang diorder sampai, sukanya sebab dapat yang diidamkan hati.
Melepak di sini sambil perati orang keluar masuk pintu Sogo ini. Kami yang melihat pintu tu terbuka tertutup jadi letih, kalau join sekali shopping dalam tu mesti hilang kepenatan. Dalam hati berlawan, jangan terjebak, satu lagi kata alah tengok-tengok jer takpe.
Akhirnya termasuk jugak...jeng, jeng, jeng...tapi berjaya kawal diri, lalu jer, sesekali terpandang jugak godaan perfume, handbag....tunduk cepat2...singgah dalam tu pun sebab temankan sumandak seorang ini, sebelum geng yang lain sampai. Then cepat2 caow menuju stesen LRT.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment