Sunday 7 September 2014

Cuti Raya, Cuti Kahwin-kawin.

Assalam...
Hadir hanya sebagai tetamu pada hari berlangsungnya akad nikah dan persandingan anak sepupu membuatkan saya rasa tak sedap dan tak puas hati.  Selalunya, kalau ada majlis saudara terdekat masing-masing akan datang lebih awal sehari atau 2 hari awal untuk menolong apa yang patut. Di kampung kami masih mengamalkan kenduri secara gotong royong yang diketuai oleh seorang atau dua orang tukang masak utama, tiada amalan hanya order makanan dengan caterer.  Yang paling sibuk kaum wanita yang akan datang beramai-ramai untuk rewang, tak kira sedara dekat atau jauh, dah nama duduk sekampung memang semua akan datang.
Banyak acara kami tak sempat saksikan terutama acara akad nikah, dan menyambut menantu.  Almaklumlah yang ini tinggal jauh sangat, syukur juga sebab dapat hadirkan diri.  Akur dengan ketentuan, kami hanya mampu merancang, namun perlaksanaan Yang Maha Esa lebih sempurna. 
Sebahagian kecil ahli keluarga yang bergambar kenangan dengan pengantin, abaihkan jelah yang tak mengikut tema tu.
Sekali lagi pada sebelah malam....
Gambar kandid, cantik tak tiara saya.....hehehe
Abang-abang sepupu bersama isteri masing-masing bergambar dengan pengantin.  Pengantin perempuan adalah anak pada abang long dan kak yati yang duduk di hadapan tu.
Masing-masing ada badge, yang ini khas untuk saya dengan en.Abe title kami pada pengantin perempuan....
Keesokkan harinya acara masih diteruskan, kini persandingan di rumah pengantin lelaki pulak.  Jiran sekampung saya jer, memang save budget accommodation & logistic kawen sebelah kampung camni kan.  Di sebelah sini ada dua pasang pengantin yang bersanding.  Kedua-dua pengantin lelaki, pihak perempuan yang sebelah lagi dah buat kenduri seminggu awal.
Pasangan Muhammad & Hasmiyah.
Pengantin cilik ini dipanggil paseppi' (pengapit), yang akan turut duduk dipelamin sepanjang waktu pengantin bersanding.  Sama ke macam orang sekarang panggil flower girl?.
Ini pasangan pengantin kedua Sulaiman & Isteri, si lelaki itu junior sepermainan zaman kanak-kanak dulu.  Arwah kakak diorang ini yang sebaya dan teman sepermainan saya sebenarnya.  Al-fatehah untuk sahabatku Jumiati, semoga tenang disana.
Keesokkannya lagi kami menghadiri jemputan ke rumah pengantin ke-3, Bandar Leila...yang kawin tu dah pangkat cucu sedara.  Sory lapis bawah-bawah ini dah tak kenal nama.  Sehingga hari terakhir kami di kampung tetap juga ada jiran yang buat kenduri kawen.  Begitulah suasana di kampung, bila musim tu kenduri kawen, dari hujung ke hujung kampung akan ada kenduri kawen, masing-masing mengejar kebaikab bulan syawal.  Dalam setahun ada pelbagai kenduri mengikut musim, kenduri maulid nabi, kenduri kawen, kenduri akikah atau jukur jambul & entah ape2 lagi.
Inilah pengantinnya..Ambil gambar dari jauh jer sebab tetamu tengah ramai dan pengatin baru lepas diarak.
Mari kita tengok himpunan makanan yang dihidangkan untuk tetamu pada ketiga-tiga rumah kenduri, ini antara sebahagian kecil yang sempat saya lihat dan merasainya.  Banyak lagi yang lain terutama kuih-muih. 
Antara kuih yang disediakan di rumah pengantin ke-2.  Kek Pulut Hitam, memang sedap...tengah meriki-riki dengan tukang masak untuk dapatkan resepi.
Ini pinggan yang kedua untuk pemanis mulut.  Suruh anak sedara tolong ambilkan sebab sendiri nak tambah dah malu-malu meow...
Sayur campur dengan hati ayam.
Acar betik muda dengan kacang hijau.
Daging black pepper.
Rendang turut disediakan, sebab mungkin masih dalam suasana aidil fitri.
Hanya ini yang dapat disnap kebetulan lalu dekat medan tukang masak.  Ada banyak makanan lagi kat meja buffet tu, tak sempat nak snap...lagi satu sebab malu.  Memang dah terlalu lama saya tak hadir ke majlis-majlis kenduri di kampung.  Menu-menu yang dihidangkan pun dah banyak yang berubah, jarang nak jumpa masakan-masakan tradisi seperti sambal goreng daging, sate goreng dan masak lapis daging, begitu jugak dengan kuih-muihnya turut dihidangkan dengan menu-menu baru.
Begitulah kami menghabiskan cuti balik kampung baru-baru ini, tak sempat nak beraya dengan kawan-kawan hanya dipenuhi dengan menghadiri jemputan kawen.  Selamat menempuh alam rumah tangga, diucapkan kepada ketiga-tiga pasangan pengantin baru, semoga jodoh kekal ke jannah dan mendapat keluarga yang sakinah, mawahdah, warahmah.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment