Assalam...
Syyyhhhhhhh...nak share satu rahsia untuk menghasilkan olio herbs yang selalu chef-chef hotel buat. Mereka tak guna pun chili flake saja atau guna fresh garlic atau english parsley, sebaliknya mereka combined ketiga-tiga bahan ini dengan menghasilkan olio herbs yang istimewa.
Olio HerbsSumber: Abg Nas
Bahan-bahan
30 tangkai cili kering - buang biji dan keringkan
300gm english parsley - buang tangkai dan keringkan
500 gm bawang putih - hiris nipis dan keringkan.
Cara penyediaan
1. Kalau ada oven canggih, bolehlah guna untuk mengeringkan bahan-bahan tersebut, jimat masa untuk meyediakannya. Sebab saya guna kaedah manual so makan 2-3 hari jugak ler nak tunggu bahan-bahan tersebut betul2 kering.
2. Panggang setiap bahan dalam oven dengan suhu 100'C sekejap, kira-kira 2 minit atau hingga betul-betul garing.
3. Ramas kesemua bahan hingga halus dan campurkan. Simpan di tempat kedap udara, supaya tahan lebih lama.
English Parley yang telah siap diramas.
Garlic flake ini sepatutnya, keringkan 2-3 hari sebelum di panggang sekejap. Sebab nak cepat hari itu, lepas slice terus goreng. Hasil tak sehalus yang dikehendaki ketika meramas, berketul-ketul sebab garing tak sama rata.
Ramas cili kiring yang telah dipanggang sekejap hingga halus.
Contoh hidangan mengunakan olio herbs..
Kawan-kawan yang nak ubah selera berbuka posa makan aglio olio bolehlah cuba letakkan herbs ini, gerenti sedap.
Wassalam
No comments:
Post a Comment