Assalam...
Terletak di persimpangan Jalan Bayan Lepas dan Jalan Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. Dibina pada tahun 1921, dahulu digunakan oleh penduduk daripada 5 buah kampung iaitu Kampung Bukit, Kampung Seronok, Kampung Binjai, Kampung Padang dan Kampung Nelayan.
Madrasah
ini turut memberikan pendidikan awal islamiah kepada kanak seawal umur
antara 1 - 6 tahun dan Tadika Al Hidayah menawarkan pembelajaran pra sekolah pada kanak-kanak berumur 4- 6 tahun.
Mussola ini merupakan antara bangunan yang dipelihara dan terjaga. Juga merupakan salah satu bangunan yang telah disenaraikan sebagai bangunan warisan yang terletak di Barat Daya Pulau Pinang.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment