Thursday, 26 December 2013

Suntikan Hepatitis B..

Assalam...
Sebelum ini Mulia ada cerita berkenaan pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan vaucher percuma pemberian Perkeso.  Keputusan sudah pun diperolehi dan secara rasminya Mulia dianggap normal dan sihat.  Alhamdulillah, tetapi terdapat beberapa hal yang perlu dipertingkatkan.  

Semasa membuat pemeriksaan tempoh hari, doktor ada sarankan agar Mulia menambah pakej ujian.  Ini kerana menurut doktor yang Mulia jumpa itu, ujian yang diperuntukan oleh Perkeso adalah terhad dan secara am sahaja.  Melalui keputusan tersebut, doktor telah menyarankan agar Mulia mendapatkan suntikan vaksin untuk Hepatitis B.  Kerana ujian darah ke atas tindak balas sistem imun Mulia menunjukkan tidak terdapat tindak balas untuk Hepatitis B.

Kepentingan untuk mendapatkan suntikan ini boleh baca di sini.  Setahu Mulia untuk setiap bayi, mereka memang diperuntukan dan menjadi salah satu imunisasi yang wajib dan terdapat dalam jadual bagi setiap klinik-klinik kesihatan.  Untuk orang dewasa, suntikan ini boleh didapati di klinik biasa dan kadar bayaran setiap suntikan mengikut kadar yang ditentukan oleh klinik itu sendiri.  

Klinik yang Mulia buat pemeriksaan kesihatan tempoh hari mengenakan bayaran RM75.00 setiap suntikan, tetapi klinik yang Mulia pergi ini mengenakan bayaran hanya RM60.00 sahaja.  Mulia tak kisah sangat tentang bayaran itu, mungkin rezeki Mulia dapat yang murah sebab plan pada mulanya nak ke klinik pertama tetapi agak sukar kerana klinik itu hanya buka pada waktu pejabat dan tutup ketika hujung minggu.  Terdapat 3 suntikan diperlukan untuk vaksin hepatitis B, dan perlu diambil secara berperingkat.  Satu suntikan setiap bulan untuk suntikan pertama dan suntikan kedua, manakala suntikan ketiga selepas 6 bulan kemudian.   

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan apa itu Hepatatis B boleh klik Sini
Wassalam.

No comments:

Post a Comment