Saturday 14 December 2013

Nasi Campur Awet Muda...

Assalam...
Sebelum meninggalkan Pulau Pinang, kami singgah makan di Kedai Nasi Campur Awet Muda.  Nak rasa sentiasa awet muda, mai singgah mai.

Semasa menetap di Pulau Pinang dulu, Mulia pernah datang makan tengah hari di sini, dekat dari tempat tinggal.  Nak kata selalu tak lah, sebab dulu-dulu rajin ke dapur....hehehe perasan.  Istimewa di sini selain harga yang berpatutan, terdapat pelbagai jenis lauk, ada ikan bakar, sup, gulai dan ulam-ulaman.  Suasana tetap sama, meriah dengan pengunjung dan nampak macam ada pertambahan tempat duduk.

Ini bahagian bakar-bakar.

Di sebelah pulak disediakan ulam-ulaman dan sambal.

Gulai kawah, menu yang disediakan setiap hari.

Pengunjung setia kedai makan ini adalah terdiri daripada staff, student USM dan penduduk sekitar Sungai Dua. 

Specialty menu di kedai makan Nasi Awet Muda - Gulai ayam kampung, gulai itik, gulai kijang dan gulai ikan semilang.

Beginilah keadaan setiap hari ketika waktu makan tengah hari.

Sebenarnya kami masih kenyang lagi sebab sarapan berat dengan nasi di Sidam tadi.  Namun memandangkan selepas ini nak mulakan perjalanan jauh dan tidak bercadang untuk singgah di mana-mana. Sekadar singgah makan sedikit untuk mengelakkan perut cheq masuk angin. 

Mulia pilih nasi putih kosong dan sup daging yang panas  berasap.  En. Abe nasi berlaukkan sotong goreng & masak kicap berserta sayur.

Minuman kami minta Teh O Ais dan Sirap Ais Limau.  Kos semua RM16.00 sahaja.

Bagi yang tak tahu lokasi kedai ini, terletak di Jalan Sungai Dua.  Selepas Pintu Masuk USM (Pintu Sungai Dua), jumpa lampu isyarat belok kiri.  KFC ini betul-betul di simpang lampu isyarat sebelah kanan.

Lebih kurang 100 meter saja dari KFC.  Senang cerita belakang KFC.

Ini kontek nombor Nasi Awet Muda, kut lah sapa-sapa yang nak wat kenduri atau reservation makan kat sini mai dalam group yang ramai, memang leceh kalau tak tempah.  In Sha Allah Depa boleh buat punya...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment