Assalam...
Berkunjung ke Pulau Pinang seakan menjadi kewajiban dalam agenda untuk membeli jeruk sebagai ole-ole. Semasa Mulia menetap di sana, selalu menemankan sahabat handai mahupun keluarga yang berkunjung untuk membeli jeruk. Tempat yang dituju sama ada kedai jeruk di Bazar Chowrasta, kilang jeruk di Relau mahupun kedai jeruk di Sungai Ara. Penjual jeruk ini dulu-dulu semua terdiri daripada peniaga berbangsa Cina (yang Mulia gelarkan sebagai Pek Lee).
Walaupun Mulia bukan mengemar atau pemakan jeruk, disebabkan selalu menemankan mereka membeli jeruk jadi tahu semua ceruk-ceruk yang menjualnya termasuklah kilang di Balik Pulau. Sebelum ini kilang2 jeruk hanya memproses jeruk buah pala (Balik Pulau terkenal sebagai tempat penanaman Pokok Pala) sementara jeruk buah salak didatangkan khas dari Indonesia. Terdapat jugak jeruk yang dibawa masuk daripada Thailand seperti buah pelam atau mangga.
Syukur Alhamdulillah, kini telah ada golongan bumiputra yang mengusahan pembuatan jeruk dan mengedarkannya. Sekurang-kurangnya kita sebagai pengguna muslim terjaga dari segi halal haram dan kebersihan jeruk yang kita makan. Cawangan Kedai Pak Ali yang Mulia singgah ini terletak di Kompleks Perniagaan Medan Suri, Sungai Nibong. Berdekatan dengan Masjid Sungai Nibong dan Terminal Bas Sungai Nibong.
Nampak tak jenis-jenis jeruk dalam bekas plastik itu? Macam-macam warna dan jenis buah yang ada. Harga mengikut jenis buah, kalau nak campur-campur pun boleh.
Ini situasi ketika baru sampai, ramai sangat orang beratur dikaunter pembayaran.
Macam-macam ada dalam kedai ini, asam masin yang buat air liur kecur, kudapan, kuih tradisional dan produk kesihatan.
Kenal tak kuih tradisional ini,
yang ini Kuih Karas,
Yang ini Putu Kacang.
Yang ini Cucur Penyaram (coq penyaram), ada juga yang panggil Kuih Telinga Keling (maaf ye keling - stall ini sebenarnya di kedai sebelah)
Rahsia orang Penang sudah dikomersialkan - Kicap untuk Char Koay Teow.
Tester untuk merasa kuah rojak Pak Ali turut disediakan.
Berentap di pasaran, kuah rojak Pak Ali dan kuah rojak Mak Bee yang memang terkenal sejak dahulu.
Cik puan ini, tidak menang tangan melayani pelanggan yang hendak membuat pembayaran.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan Jeruk PaK Ali, nak berniaga jeruk ke, nak makan ke, wat kenduri ke atau apa-apa saja. Bolehlah call nombor di bawah tu.
Try yang ini, jus pala ready made sedap diminum ketika sejuk. Suatu ketika dulu pernah cuba buat jus pala daripada buah pala segar yang direbus bersama dengan gula batu. Buah Pala itu pula memberian daripada seorang kenalan yang berasal dari Balik Pulau, buah pala dia petik dari kebun sendiri. Semoga kenalan itu sihat dan gembira selalu...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment