Assalam...
Atas permintaan rakan sekerja yang dah lama tak balik kampung dan lama ttidak merasa penyaram, maka percubaan kali kedua terlaksana. Nak buat kuih ringkas ini agak cerewet sikit. Bukan sebab bahan susah nak dapat, tapi timing semua kena ngam-ngam. Orang dulu-dulu ajar main agak-agak aje. Better tidak boleh terlalu keras, minyak banyak sangat ketika menggoreng pun tak jadi, api terlalu panas pun begitu jugak, banyak hal kena perhatikan, memang mencabar kesabaran untuk membuatnya. Namun bila dah selalu akan jadi mahir. InsyaAllah.
Cucur ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut suku kaum di Nusantara. So nak tentukan kuih ini kepunyaan suku kaum tertentu atau berasal dari mereka agak mustahil. Yang boleh disimpulkan adalah kuih ini kepunyaan suku kaum nusantara yang berakar umbi dari keturunan yang sama. Hanya saja dipisahkan mengikut sempadan geografi akibat evolusi alam ribuan tahun dahulu dan persempadanan yang dilakukan oleh pihak penjajah.
Berikut adalah nama-nama yang dikenali di Nusantara.
1. Di Semenanjung Malaysia orang Melayu namakan sebagai Kuih Cucur Jawa / Cucur Tuang
2. Sabah / Sarawak / Brunei mengenali kuih ini sebagai nama Penyaram atau Penjaram.
3. Indonesia (Sulawesi) Suku Kaum Bugis menamakannya sebagai Beppa Jompo-jompo.
4. Kalimantan (Indonesia) dikenali sebagai cicuruk atau cucur.
5. Filipina Suku Kaum Suluk / Kagayan mengenali sebagai Penyaram
Kalau nak resepi boleh rujuk entri sebelum ini berkenaan Kuih Jompo-Jompo ini disini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment