Monday, 9 December 2013

Acara Panjat Bukit di Hujung Minggu

Assalam...
Plan asal nak bertolak awal, seawal 4 atau 5 pagi dari rumah sebab nak menyaksikan matahari terbit.  Namun nikmat tidur yang menyebabkan terjaga hanya pada 5 pagi, lepas itu membangunkan adik-adik, tunggu mereka bersiap.  Akhirnya kami bertolak setelah mengerjakan solat subuh..

Ramai yang dah bergerak turun ketika kami memulakan pendakian.

Setelah mendaki dengan bermacam-macam gaya akhirnya sampai jugak ke puncak pertama Bukit Broga.

Lepaskan lelah dengan posing2 & isi perut.

Sandiwch simple yang sempat disediakan kerana kelewatan.  Sandwich jem peach dan sandwich sambal telur sotong.

Ini di puncak ke 3


Inilah Puncak teratas Bukit Broga, 400m dari aras laut,  hanya 10% dari ketinggian Gunung Kinabalu.


Masa menurun bukit, guna laluan yang agak mencabar.  Bagi Mulia masa menurun lebih mencabar dari mendaki sebab ketahanan kaki benar2 diperlukan...kaki dan lutut mengeletar masa inilah.


Laluan menggunakan tali turut disediakan untuk memudahkan pergerakan.

Dapat bayangkan betapa licin dan becaknya kawasan ini apabila hujan.  Syukur ketika kami mendaki cuaca cerah dan hanya mendung sedikit.

Jangan lupa abadikan kenangan sebagai tanda kaki pernah menjejak ke sini dan mungkin akan datang.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment