Tuesday, 26 November 2013

Selera Daun Pisang

Assalamualaikum...
Singgah sarapan di Restoran Selera Daun Pisang yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa sebelum berangkat pulang. Terletak di sebelah kanan kalau dari bandar Kota Bharu menuju Lapangan Terbang Sultan Ismail Perta.

Konsep restoran mengambil sempena namanya, makanan pelanggan akan dihidangkan menggunakan daun pisang.  Mula-mula terkejut jugak, sebab kata nak makan di sini, tapi pelayan tu gunakan kertas dan daun pisang macam nak bungkus.  Pelayan tu cakap memang kami di sini hidang guna cara ini... Oo bulat ker OIC....kui..kui..kui.  

Restoran ini sebenarnya femes dari dulu lagi terima pelanggan dari luar artis, menteri, ahli sukan, ahli muzik, ahli koprat, keparat, orang-orang besar, kecil semua pernah singgah makan di sini...OOo lagi, saya ini tahu lepas dari kontroversi tu je...  

Menu femes di sini adalah Nasi Dagang dengan Gulai Itik Serati, Gulai Ayam Kampung, Ayam Kampung Goreng dan banyak lagi. 

Saya memang suka merasa benda yang lain dari yang lain...jarang-jarang jumpa macam Solok Ikan nie.

Barisan lauk pauk untuk dipadankan dengan nasi dagang Selera Daun Pisang.

Inilah pilihan saya, nasi dagang dengan pilihan lauk gulai itik serati, solok ikan dan sayur goreng.

Alamak tak sempat nak ambil gambar nasi dia dah habis.

Wajah ceria Kak Yah, melayan tetamu.  Orang nak kenakan dia, tapi rupa-rupanya rezeki bertambah-tambah.  Lagi untung dapat promosi percuma.

Abang nie komen, lain kali berkunjung ke Kota Bahru kena singgah makan sini, maksud kena selera lah tu.
Kalau nak buat tempahan, call jer nombor Kak Yah tu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment