Saturday, 16 February 2013

Hujung Mingguku.....


nasamulia
Ayam Halia


Assalamualaikum wbt semua,

Dah makan tengahari ke kawan-kawan? Makan lauk ape hari ini? Mesti sedap kan, iyelah ketika hujung minggu begini jelah kita ada sedikit kesempatan untuk memasak yang special untuk keluarga.   Tak kurang jugak yang akan membawa anggota keluarga makan di luar di restoran2 yang menjadi pilihan ataupun balik ke rumah orang tua masing-masing berkumpul dengan adik beradik yang lain.

Mulia yang duduk seorang kat umah hari ini masak ringkas jer dan agak lewat sikit.  Sarapan tadi dah lewat dan agak berat, so makan tengahari jugak dilewatkan.  Mulia sediakan Ayam Masak Halia, Stew Daging, Nasi Putih dan untuk minuman Sirap Pisang Ambon.  Resepi Ayam Masak Halia ini Mulia dapatkan dari sahabat bernama Dorothy.  Cik Puan Dot sendiri yang buat demo dan menunjuk ajar cara meyediakan resepi ini kat rumah Mulia dulu.  Walaupun ringkas, orang yang tak reti masak macam Mulia ini memang kena tunjuk step by step, nasib lah kan.  Tapi yang dalam gambar di atas tu, Mulia buat sendirilah, takkan lah setiap kali nak makan kena panggil cik Dot datang ke rumah.
nasamulia
Perap ayam seketika dengan kicap

Ayam Masak Halia

Sumber: Dorothy

3oogm ayam – potong kecil2

3 ketul Halia muda – racik halus

3 ulas bawang putih – cincang

1 sudu Sos Tiram

1 sudu kicap cair

½ sudu kicap pekat – Mulia gunakan satu jenis kicap jer iaitu kicap pekat manis

Serbuk lada putih secukupnya

Daun bawang secukupnya – potong memanjang, kalau takde pun takpe.

Garam secukupnya

1 cawan air.

Minyak bijan untuk menumis (mulia guna minyak masak biasa jer)

*Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan serbuk lada puith sekurang-kurangnya 15 minit.  Panaskan minyak, munis bawang putih dan halia hingga layu.  Masukkan ayam yang telah diperap terlebih dahulu, kacau2 dan tambahkan air. Perasakan dan biar sehingga kering sedikit, kemudian masukkan daun bawang. Angkat dan hidang.
nasamulia
Menu yang elok untuk membuang angin dalam badan..

Sementara Sirap Pisang Ambon ini, Mulia hanya tambahkan air sejuk seperti ketika menyediakan sirap cordial biasa.  Sirap Pisang Ambon ini istimewa sebab didatangkan khas dari Sulawesi, tiada terjual di pasaran tempatan…hehehe.  Rasanya seperti sirap buah-buahan dan memang terkenal di Sulawesi Selatan, Indonesia sebagai bahan untuk membuat dessert seperti Pisang Ijo, Es Kelapa Muda.  Mulia tidak pasti samaada orang di sana jugak turut menggunakannya sebagai minuman seperti yang mulia sediakan ini.  Mulia jugak dapat info bahawa sirap ini hanya ada di Sulawesi Selatan Indonesia.  Jadi sesiapa yang pergi ke bahagian lain Indonesia dan cuba untuk mendapatkannya, mungkin agak susah.  Sirap yang Mulia ada ini daripada ehsan saudara yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.
nasamulia
Sirap Pisang Ambon
Beginalah, Botol Sirap Pisang Ambon yang didatangkan khas dari Sulawesi Selatan.

 Wassalam

No comments:

Post a Comment