Gambar Hiasan |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.....
Sebagai umat Muhammad SAW yang bermahzafkan ajaran-ajaran Imam Syafie, kita sepatutnya lebih mengenali beliau daripada kita mengenali tokoh2 tersohor yang lain, (tentunya kawan2 faham apa yang Mulia maksudkan). Imam Syafie telah diputerakan di Ghazzah Palestin pada 28 Rejab 150 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin saib bin Abu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf bin Qusai al- Quraisy. Keturunan beliau adalah bertemu nasab dengan Nabi Muhammad.
Pesanan Imam Syafie
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada dunia
- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
- Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukur kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
- apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kami sakit, kamu perlu ringankan langkah mensiarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyanyangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hanyat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
- Banyakkan alam soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.
- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
- Iman mempunyai bentengya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
- Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanah.
- Khusyuk secara zahir adalah khusyuk orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya oaring pilihan di sisi Allah.
- Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
- Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “A’uzubillahi minassaitathanirrajin”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
- Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
- Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
- Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mamapu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
- ketahulah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
- Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan kerkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
- Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
- Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggalkan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataanya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud, dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke tarf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannnya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud “Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan lurus.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman. Mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Pesanan Imam
Syafie berkenaan bermusafir
Pesanan untuk diriku dan kawan2, jom audit diri kita, semoga segala amalan baik yang diwasiatkan menjadi panduan dan pedoman untuk kita menjalani saki baki perjalan yang di dunia ini mendatangkan kebaikan untuk kehidupan kita di alam kekal nanti. Walahualam, wassalamualaikum.
- Pergilah bermusafir mencari kemuliaan. Kerana dalam pengembaraan itu ada lima kelebihan iaitu menghilangkan kesedihan, membina penghidupan baru, memperoleh ilmu, menguatkan
jiwa dan dapat bergaul dengan ramai manusia daripada pelbagai perangai dan
ragam.
- Tinggalkanlah kampong halaman nenek moyang kamu. Jangan
gusar tentang perpisahanmu dengan sanak saudaramu. Minyak anbar yang harum itu asalnya hanya
kotoran binatang, tetapi selepas ia terpisah dari tempatnya, ramai orang
menyukainya. Celak mata itu berasal
daripada batu tepi jalan. Tetapi dapat
menghiasi kelopak bulu mata manusia selepas meninggalkan pinggir jalan.
-
Pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan. Pasti kamu memperoleh semula segala apa yang
kamu belanjakan. Hidup pasti terasa
nikmat selepas kita bekerja keras dan kuat berusaha ketika berada di tempat
orang. Tasik yang tenang dan tidak
mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati. Seekor singa di hutan hanya dapat membaham
mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya.
Anak panah tidak akan mengenai sasaran sekiranya tidak dilepaskan dari
busurnya. Sekiranya kamu meninggalkan tempat
kelahiran kamu bagi memperoleh kedudukan yang mulia di tempat yang baru, kamu
umpama emas yang telah di sepuh lagi tinggi nilainya.
Pesanan untuk diriku dan kawan2, jom audit diri kita, semoga segala amalan baik yang diwasiatkan menjadi panduan dan pedoman untuk kita menjalani saki baki perjalan yang di dunia ini mendatangkan kebaikan untuk kehidupan kita di alam kekal nanti. Walahualam, wassalamualaikum.
No comments:
Post a Comment