Ahlus Sunnah wal Jamaah |
Empat imam besaar iaitu Imam Ahmad bin Muhamad bin Hanbal (Mazhab Hanbali), Imam Muhamad bin Idris atau Imam Syafie (Mazhab Syafie), Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) dan Imam Malik (Mazhab Maliki) harus diketahui riwayat hidupnya oleh umat islam sejagat. Empat Imam Besar itu menjadi terkemuka kerana mereka ulama bebas yang tidak terikat dengan sesiapa dan tidak pula berasa terhutang budi kepada sesiapa (pemerintah).
Perbezaan pendapat di kalangan mereka hanya berkisar dalam masalah furu' atau cabang hukum agama yang berhubung dengan urusan muamalat atau yang berkait dengan kepentingan masyarakat. Keempat mazhab tidak berselisih dalam urusan pokok agama kerana mereka tetp berpegang kepada al Quran, hadis, dan sunnah raasul-Nya.
Keempat imam besar ini sama-sama menentang amalan bidaah atau yang menyeleweng daripada ajaran islam. Mereka juga tidak memaksa pengikutnya supaya bertaklid kepada mazhab masing-masing tanpa menyelidik nas yang diambil bagi merumuskan sesuatu fatwa atau masalah. Imam Syafie contohnya menasihatkan pengukutnya supaya tidak teragak-agak menolak pendapatnya jika ada nas daripada al Quran atau hadis yang sahih berlawanan dengan pendapatnya.
Timbulnya mazhab-mazhab itu apabila umat islam tidak lagi berpegangn kepada al Quran dan hadis pada masa itu. Maka tampil Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali memimpin umat Islam. Keempat-empat mazhab besar itu semuanya berpegang pada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
Rasululllah SAW pernah bersabda..."Demi Tuhan yang menguasai jiwa Muhammad, akan berfirqah umatku kepada 73 firqah, cuma satu sahaja yang akan masuk syurga. Yang lain akan masuk neraka. Para Sahabat bertanya, siapakah firqah yang satu itu Ya Rasulullah?" Nabi menjawab, "Ahlus Sunnah wal Jamaah."
Dalam ketika yang lain pula (Zaman Pemerintahan Khalifah Bani Abbasyiah).
"Apakah erti ahlus Sunnah?" tanya Khalifah Al Makmun.
"Mereka yang mengamalkan sunnah nabi," jawab Imam Hanbali
"Apakah erti wal jamaah" tanya Khalifah Al makmun.
"Penganut iktikad sahabat-sahabat nabi," jawab Imam Hanbali.
"Apabila saya memberikan hujah-hujah bagi sesuatu hukum, janganlah kamu menerimanya secara melulu. Gunakan akal fikiran kamu sendiri bagi membahasnya. Kerana fikiran itu perlu digunakan bagi menari kebenaran. Saya tidak pernah mengatakan apa yang saya perkatakan itu adalah benar kerana yang benar itu hanya Quran dan hadis yang sahih." Kata2 Imam Syafie.
Menurut Imam Syafie lagi, " Imam Abu Hanifah itu seorang ulama yang besar. Imam Malik itu pula guru saya. Imam Ahmad Hanbal itu sahabat sya. Antara kami, tidak pernah timbul masalah. Perbezaan kami cuma dalam bidang ilmu fikah, tetapi dalam ilmu tauhid, menyambah Allah tetap sama."
Mazhab-mazhab itu timbul setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 2 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah atau 8 Jun 632M. Wujud perbezaan pendapat di kalangan umat Islam yang turut encetuskan perang Jamal dan perang Siffin yang mengorbankan ramai umat Islam. Ekoran itu wujud Kaum Syiah dan Khawarij. Kemudian muncul pula fhaman Muktazilah yang diketuai oleh Washil bin Athak dan Umar bin Ubeid. Kemudian muncul fahaman Qadariyah dan Jabariyah. Akhirnya muncul fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang diketuai Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu mansur al Maturidi.
No comments:
Post a Comment