Nasu Balle' Pacukka' - Ikan Masak Asam Mangga |
Mulia nak kongsikan dengan pembaca semua lauk faveret keluarga. Nasu Paccukka Bale Baulu atau dalam Bahasa Melayunya Masak Asam Ikan Susu. Perkataaan nasu adalah masak, Paccukka' adalah asam dan bale' baulu adalah ikan susu (bale' baulu - sejenis ikan yang mempunyai tulang yang banyak dan isi lembut atau dikenali dengan nama tempatan sebagai ikan susu).
Resepi tradisi ini walaupun nampak biasa tapi ada keunikannya, ini kerana asam yang digunakan dalam menghasilkan menu ini adalah asam mangga dan bukan seperti kebiasaan kita menggunakan azam jawa atau asam keping. Rata-rata masyarakat Bugis menggunakan asam mangga untuk memasak pelbagai jenis menu ikan.
Beginilah rupa Asam mangga (Pacukka Pao') |
Ikan Susu (Balle' Baulu) yang telah ditelah dibersihkan |
Nasu Paccukka' Bale' Baulu
1 ekor ikan susu saiz sederhana -bersihkan dan dipotong kecil2.
segenggam asam mangga (cuci dengan melalukan air)
2 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang putih (jika suka)
1 ketul halia - sebesar ibu jari dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan minyak masak
Garam,
Cili padi atau merah - dihiris.
Air (anggaran 3 - 4 cawan bergantung kepada besar ikan)
* Gaul dan ramas2kan semua bahan kecuali ikan dan air hingga sebati, masukkan ikan dan air. Sukatan bagi air adalah sama paras dengan ikan.
* Masak sehingga ikan empuk.
Ikan masak asam tengah mengellegak. |
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment