Monday, 4 February 2019

Nostalgia: Keropok Tasen

Assalam...
Snek zaman kanak-kanak dulu, tak pernah tak ingat akan snek ini sebab suka sangat zaman sekolah dulu.  Poket baju sekolah sentiasa kembung dengan keropok ini, boleh kata pagi petang duk makan jajan yang satu ini berbanding yang lain kurang.  Hari sabtu ahad kedai runcit kampung lah tempat tujuan nak beli keropok tasen, tak cukup duit dalam kocek, senyap-senyap panjat dinding naik ke siling rumah cari tabung emak.  Perangai sangat kan waktu tu.  Dulu harga sepeket dua puloh sen jer, peket dia kecik sikit, jernih boleh nampak isi keropok dalam tu.  Sekarang dah cantik cara pembukusannya, patutlah saya tak perasan keropok ikan kegemaranku ini.


Harga dia tak lah semahal tu kalau beli di kedai luar, ini harga dalam balai perlepasan airport Sandakan.  Biasalah harga airport, harga sembelih orang kan, tapi sebab terlupa beli masa kat luar, jadi beli juga lah di sini.


Mak bapak saya dulu jarang beli makanan segera terutama snek macam ini, mungkin waktu tu kurang mampu dari segi kewangan kot, memang makanan sehari-hari semuanya disediakan dan dimasak sendiri oleh mak.  Kadang-kadang jer dapat makan mee segera dan biskut kelapa atau gula-gula.  So masa yang paling merdeka makan keropok ini adalah ketika hari persekolahan, kalau beli banyak pun kena lah habiskan sebelum balik ke rumah sebab takut kena marah kan.  Kalau nak menunjuk pun ko makan keropok tasen cukup lah hanya sepeket ada dalam beg sekolah.

Satu benda yang saya dapat tahu daripada orang kampung yang mak bapak saya duk beli keropok tasen setelah saya tiada di rumah.  Masa tu dah remaja, dah keluar merantau ceritanya.  Cish, masa aku ada mereka tak nak beli pula, ada antara orang kampung yang tanya buat apa beli keropok banyak-banyak anak engkau bukan ada kat rumah.  Jawapan dia ada lah, anak aku ada seekor lagi kat rumah, rupanya dia bagi si pontong (nama kucing kami yang sangat baik walaupun cacat sebalah kakinya) makan keropok tasen. 
Wassalam.