Assalam..
Sejak dua menjak sukanya nak makan benda yang dah lama tak dijamah atau memang takde dijual kat mana-mana. Menu yang dihidankan oleh nenek-nenek kita ketika zaman kanak-kanak dahulu. Saya tak tahu kalau ada nama lain untuk kuih ini, mungkin tempat lain diberi nama lain. Kuih simple dan gunakan bahan asas selalu dihidangkan untuk minuman petang oleh arwah nenek saya dulu.
Pernah terdengar makcik-makcik laser di kampung cakap kalau nak tahu anak dara tu boleh buat kerja dapur, uji jer dengan buat kuih ini. Kalau tak tahu juga tahu lah betapa s******* anak dara tu. Itu mungkin KPI yang boleh digunapakai untuk anak dara zaman dahulu, sekarang zaman dah lain.
Tiada ukuran spesifik untuk bahan, semua main agak-agak saja. Pesan nenek kalau adunan keras, tambah air. Jika lembut tambah tepung. Jomlah main air dan tepung.
Tiada ukuran spesifik untuk bahan, semua main agak-agak saja. Pesan nenek kalau adunan keras, tambah air. Jika lembut tambah tepung. Jomlah main air dan tepung.
Kueh Pejja-Pejja
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
Tepung pulut
Sedikit garam
Sedikit pewarna
Air
Daun pandan
Kelapa parut putih
Gula pasir
Cara Penyediaannya
* Jerang air bersama simpulan daun pandan.
* Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam dan pewarna. Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul hingga menjadi adunan yang boleh dibentuk.
* Ambil sedikit adunan bulat-bulatkan dan tekan menjadi sedikit nipis pada tengahnya.
* Masukkan ke dalam air mendidih dan jerang hingga kueh terapung.
* Campurkan kelapa parut dengan gula pasir dan sedikit garam.
* Angkat dan toskan kueh sebelum gaulkan dengan kelapa parut.
* Hidangkan.
Ada yang rajin buat dengan pelbagai warna dan mereka beri nama sebagai puteri salju.
Wassalam.