Tuesday, 28 February 2017

Lao Mandre: Steamboat @ Johnny's Restaurants...


Assalam...
Ini kisah bos bawa pergi lunch makan steamboat ramai-ramai sempena ada seorang senior staff yang berhenti. Pelik kan dah berhenti baru nak raihkan, masa ada tak nak hargai, macam suka je orang berenti kerja.  Bukan begitu ya.  Orang datang kita alu-alukan, tapi kalau ada yang nak pergi sebab peluang lebih baik, selalunya bos kita buatlah farewell ajak semua staff pergi makan-makan sebagai mengenang jasa.



Kali ini suka sangat sebab makan steamboat. Di Johnny's steamboat mereka ada set pakej jadi tekde lah melantak sampai nak pecah perut macam kalau kita pergi steamboat cara buffet. Macam main masak-masak kan, dari kecil hingga ke tua kerja dok main masak-masak.  Al-maklum orangnya suka sangat makan.


Ada jugak yang ambil side order macam ini, beef noodle.  Menu ini macam sesuai sangat untuk orang yang diet garam (takde rasa masin langsung) rasanya plain sangat, atau terlupa letak tak tahu lah.  Lagi pun masa kami datang lunch tu kira full house lah restoran tu.  So terima jelah apa yang ada.


Bagi yang ada sweet tooth kata orang, red ruby and jackfruit again and again.


Yang ini pun suka, palm seed (buah kabung) with jackfruit.  Seingat dulu mereka tak guna palm seed tapi guna honey sea coconut.


Tambah dengan ini pula, ini geng budak lelaki punya kerja order banyak-banyak lepas tu tak habis tolak kat meja kita orang.  Abaikan jelah jelingan dari cik puan yang kena settlekan semua bil.


Alhamdulilllah, kenyang, licin dan yang penting jangan membazir.


Geng depa inilah yang order macam-macam.  Tak kenyang beb hanya makan steamboat set begini, kata mereka.  Sebab tu side order mereka panjang berjela.


Selepas ini, tak tahu lagi bila pula ada acara makan ramai-ramai begini.  Tunggu sehingga ada yang berenti kata mereka, baru buat makan-makan lagi.
Wassalam.

Kaktus dan kroninya....


Assalam...
Ada siapa yang mahir tentang tumbuhan kaktus tak di sini, cuba share nama-nama setiap jenis kaktus yang ada ini.  Saya tak tahu semua tumbuhan berduri begini semua panggil kaktus saja.  Kadang-kadang confius jugak, sebab ada yang bertangkai kecil dan lembut, takde duri tajam pun orang panggil kaktus.  Ini hasil cerapan semasa berjalan-jalan ke Cameron Highland baru-baru ini.  Mulanya nak cari Cactus Valley yang menempatkan kaktus terbesar dan tertua, tapi sebab tersalah jalan terjumpa tempat ini Cactus Point.



Ada orang cakap tanam kaktus ini senang tak perlukan penjagaan rapi sebab tak perlu penyiraman setiap hari.  Namun jika terbiar saja pun boleh mati juga pokok tu.


Pokok kaktus yang jenis ini agak biasa kita lihat diperkarangan rumah-rumah kampung.  Rumah mak kita pun ada tanam pokok kaktus ini, namun tidak setinggi ini.


Ada yang berduri halus seperti rambut, ada berduri tajam dan kasar.


Duri dari jenis kaktus ini agak menakutkan bagi saya, dah rupa macam cangkuk besi.






Jenis ini pun cantik, renek dan jambulnya berwarna.  Samada jambul berwarna itu dianggap sebagai bunga atau pun batang kaktus tak tahu lah.


Benih-benih kaktus dari pelbagai jenis untuk dijual.  Kami pun tak terkecuali terpikat nak membeli tak silap 6 pasu dengan harga RM10.



Kalau sebelum ini, bila sebut kaktus yang terbayang adalah duri-durinya.  Disebalik duri itu, ada beberapa jenis kaktus yang mengeluarkan bunga yang sangat cantik seperti gambar di bawah ini.





Kepada penggemar kaktus, mesti berkeinginan nak memiliki setiap jenis kan.  Kalau saya gemar tengok saja, tak reti nak jaga.  Yang beli 6 pasu hari itu pun tinggal satu pasu, macam menunggu masa saja.
Wassalam.

Padang Terbang Kudat, Sabah.


Assalam...
Aiport atau lapangan terbang yang hanya di panggil sebagai padang terbang dek kerana saiz yang kecil.  Sesuai dengan fungsinya yang hanya dapat menampung pendaratan dan perlepasan kapal terbang kecil dan helikopter.  Jadual penerbangan juga hanya beberapa kali pada hari-hari tertentu.



Minta kebenaran untuk ambil gambar dengan pegawai yang bertugas ketika itu.  Semasa kami sampai semua penerbangan untuk hari itu telah berlepas.


Ruang menunggu / balai perlepasan.


Kaunter daftar masuk.


Sebenarnya ada nostalgia di padang terbang ini, suatu hari ada kecemasan yang berkehendakkan segera untuk balik kampung.  Ketika itu masih perlu transit di Kota Kinabalu dan sambung penerbangan ke Sandakan.  Sebab agak kalut dan hendak cepat, saya memilih penerbangan paling awal ke Sandakan dengan memikirkan terbang paling awal, paling awal boleh sampai tanpa merujuk laluan pesawat.  Bila nak masuk perut kapal terbang baru tahu yang penerbangan saya itu menggunakan kapal kecil dengan penumpang kurang dari 10 orang dan perlu transit di Kudat untuk menurunkan dan pengambil penumpang ke Sandakan.  Bertambah lagi rasa cuak sebelum terbang penumpang masing-masing diarahkan untuk memakai jaket keselamatan dan penutup telingaBermusafir seorang diri, lagi macam-macam perasaan timbul, rasa nak lari keluar dari pesawat pun ada, nasib baik masih boleh berfikir secara waras ketika itu, tawakal saja moga-moga selamat sampai tempat tujuan. 


Ketika sampai di Sandakan, penerbangan pertama yang tiba dari Kota Kinabalu bukanlah penerbangan kami tetapi adalah yang berlepas sejam kemudian selepas kami.  Namun syukur selamat tiba walaupun agak lewat, tetapi diberi peluang merasai pengalaman menaiki pesawat kecil dan singgah di Kudat walaupun tidak dapat menjejakkan kaki di bumi Kudat ketika itu. Sangat manis pengalaman itu dengan pesawat terbang rendah, bunyi sangat bingit dan bergetar kuat.



Sungguhpun jaringan jalan darat bertambah baik, padang terbang seperti ini masih releven penggunaannya sehingga kini untuk Sabah dan Sarawak.  Lebih memudahkan perhubungan ke kawasan pedalaman dan pekan-pekan kecil terutama jika berlaku sebarang kecemasan.  
Wassalam.

Friday, 24 February 2017

Lao Mandre: RM Sangkuriang, Bandung


Assalam..
Ini cerita lama punya tapi takdelah sezaman dengan cerita rakyat sangkuriang.  Malam last di Bandung kami cakap dengan pak supir nak makan makanan khas Bandung (Makanan suku Sunda).  Dua hari dua malam sebelumnya dah makan nasi padang, ini tak boleh jadi datang Bandung pergi makan nasi padang (nak makan nasi padang pergi Padang lah, setakat ini makan tepi padang permainan jer mampu), nak juga rasa makanan autentik Sunda kan.  Pak Supir bawa kami ke sini Sangkuriang.  Macam pernah dengar je nama tu, agaknya tipikal nama anak lelaki orang Sunda kot.   Ah, baru teringat cerita Tangkuban Perahu, iya anaknya bernama Sangkuriang yang ingin menikah dengan wanita cantik (wanita itu sebenarnya adalah ibu kandungnya).

Kami sampai tu agak lewat, nasib restoran masih buka.   Resto ada dua bahagian yang hendak berkerusi meja atau nak duduk bersila di pondok yang agak kebelakang sedikit.


Ketuk ini kalau perlu apa-apa atau nak panggil pelayan restoran.


Buku menu, tema menu pilihan malam itu adalah segalanya tentang ikan, ikan air tawar pula tu.  Tapi taklah kejam ikut tekak sendiri saja, pilihan ayam tetap ada.  Kalau semua dah setuju mari kita pilih apa nak di makan.


Menu pilihan malam tu -
Sup ikan nila
Gurame goreng kipas
Ikan mas cobek sunda
Ayam rica-rica
Ayam bakar
Genjer cah
minuman ikut pilihan masing-masing
* Nasi putih tambah satu bakul.

Agak banyak bagi mereka yang berperut kecil, biasa bagi yang kuat makan.  Pak supir kami ajak sekali hanya senyum dan geleng-geleng tengok gelagat kami, agaknya dalam hati dasyat orang malaysia ini makan. 


Ini sebahagian menu yang kami pesan, sesuai dengan tema resto yang lebih kepada masakan berasaskan ikan air tawar.  Namun ayam rica-rica dan ayam bakar order juga untuk kawan yang tak boleh hidup tanpa ayam.


Sup ikan nila (ikan talapia hitam), sedapnya hirup kuah tu.  Nampak cair dan macam air jarang jer kuah tu tapi sedap.  Puas jugak saya dan Ann merata sebab orang lain tak berapa nak terima kot rasa ikan tu.



Ikan gurame goreng (ikan kaloi), tak berapa menjadi kot kepak ikan ini, tak nak terbang asyik nak tergolek je ikan tu.


Ikan bakar ini paling sedap, kalau tak silap kami pilih ikan emas dengan pilihan masak cobek sunda.  Cobek / sambal tu yang sedap. 


Sebab kami customer terakhir, kesian ibu kasir dan bapak kasir yang menunggu group kami selesai makan.  Cepat-cepat lunaskan bayaran.  Maaf banyak-banyak ya ibu, bapak.


Antara eksessori yang dipamirkan dalam Restoran Sangkuriang.  Kalau datang waktu siang cantik agaknya pemandangan taman kat belakang kawasan yang menempatkan pondok-pondok tempat makan kami tadi.


Hatur nuhun (terima kasih dalam bahasa sunda).  Lenggok bahasa orang Bandung (suku sunda) ini lain sikit.  Semasa di pasar baru penjual tu asyik panggil-panggil teh, liat baju-baju teh, teh liat kain renda, mari teh, sini teh.  Saya tertanya-tanya kenapa mereka tak panggil kami "mbak" macam orang indosesia yang lain?.


Last tanya kamus bergerak kami, pak supir lah. "Teteh" itu panggilan untuk kakak dalam sunda, sementara panggilan "mbak" tu lebih kepada orang jawa. So kalau ada yang menyapa teh kesini, bukan mereka minta air teh atau suruh minum teh ya.
Wassalam.

Tuesday, 21 February 2017

Villa Yuliana, Soppeng


Assalam,
Terletak dia atas bukit di tengah Kota Soppeng di dirikan sebuah Villa oleh pemerintah Hindia Belanda ketika itu sebagai simbol kecintaan mereka kepada ratu mereka iaitu Ratu Wilhelmina.  Dikatakan jugak villa ini didirikan pada tahun 1905 untuk menyambut kedatangan Ratu Belanda (bernama Yuliana, anak kepada Ratu Elmina) ke Sulawesi Selatan tetapi peristiwa itu tak pernah terjadi.
 

Reka bentuk bangunan berpadukan ciri reka bentuk eropah dan tempatan.  Dipercayai juga villa ini merupakan bangunan kembar seperti istana ratu yang terdapat di Belanda, cuma dalam skala yang kecil.  Ketika zaman pemerintahan Belanda, villa ini dijadikan sebagai tempat persinggahan pegawai tertinggi Belanda. 



Villa ini masih mengekalakan struktur asal binaannya sejak seabad yang lalu, kecuali bahagian bumbung yang telah berganti.  Begitu juga dengan warna bangunan yang masih dikekalkan kepada warna asalnya warna putih dan hijau.


Walaupun pernah terbiar dan tak berfunsi selama 35 tahun (selepas kekalahan Hindia Belanda di Indonesia), struktur asal villa ini masih kukuh.  Hanya dilakukan kerja-kerja penambahbaikan terhadap bumbung dan mengecat semula.


Villa ini dibina bersetentang dengan kediaman Arung Soppeng (Raja) di tempat yang lebih rendah berbanding kedudukan Villa Yuliana. Sebagai simboliknya bahawa mereka sentiasa ingin bertindak sebagai penguasa yang sentiasa ingin berada di kedudukan yang tinggi.



Kolam kecil di hadapan villa, khasnya di kawasan taman sebagai salah satu ciri rumah bangsawan dahulu kala.


Villa ini telah ditukarkan menjadi muzium pada tahun 2008.  Disebabkan kami datang ketika itu terlalu awal pagi untuk melihat kelawar yang bergantungan di pokok, tak dapatlah nak masuk ke dalam itu. 




Pemandangan dari arah hadapan Villa Yuliana, jika cuaca baik, akan nampak kawasan pergunungan dan perkampungan di sekitarnya.



Sinar mentari pagi, ketika itu musim kemarau dan cuaca yang sangat panas.


Jika ada rezeki berkunjung lagi, boleh lah masuk usha bahan sejarah apa yang tersimpan dalam muzium itu.
Wassalam.