Tuesday 23 February 2016

Burasak Induk, Pekan Nenas Pontian.


Assalam...
Perjalanan balik dari Pontian kami bercadang nak singgah ke Muzium Nenas, tapi ntah apa silapnya google jalan tapi tak jumpa, walau pun dah patah balik jalan area tu beberapa kali.  Lupakanlah, takde rezeki nak singgah.  Pujuk jer hati, lain kali boleh datang lagi, tapi nak menunggu masa untuk naik bas balik kl tu lambat lagi.  Sahabat saya ajak singgah solat dan mengeteh kat mana-mana warung sekitar Pekan Nenas.   Bila ternampak warung burasak ini beroperasi, semangat sungguh dia nak singgah sini, sebenarnya masa lalu pagi tu dia dah cerita tempat jual burasak tapi setiap pagi dia lalu warung tu tak pernahnya buka.   Saya sampai terjerit masa dia nak masuk simpang, boleh dia corner maut kat situ, nasiblah kereta yang berada dibelakang jauh dan dipandu perlahan.
 

Alhamdulillah, dapat rezeki makan burasak.  Ada 3 lauk utama yang disediakan Ayam Masak Lengkuas (nassu likku), Serunding / Sambal kelapa (bejabuk) dan Asam Pedas Ikan Parang yang pekat (nasu metti').  Tapi saya lebih suka makan dengan nassu likku, mungkin sebab dah terbiasa yang tu banding makan dengan asam pedas.  
 

Ini cafe Burasak Induk yang bersebelahan Balai Bomba, Pekan Nenas, Pontian.  Dibuka dari jam 1 hingga 6 petang dan tutup pada hari selasa.  Kalau lalu waktu pagi, memang tak buka yer.  Memang puas hati dapat makan burasak hari itu, cukup rasa dan cukup lemak burasak dan nasu likkunya.  Tapi, ada tapinya hari itu tak dapat nak rasa burasak pulut (lepat lui) sebab kehabisan stok.  Sahabat saya dan en.Abe penggemar burasak pulut tapi sebagai bekalan pulang tapaukan juga burasak bawa balik PJ.
 

Kalau ada yang berminat nak buat tempahan, boleh hubungi nombor di bawah tu.  Mereka boleh uruskan penghantaran tempahan ke luar daerah.  Ujung minggu lepas pun saya dapat makan burasak buatan Bugis Delight yang dihidangkan pada majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM), KL.
 
"Hari-Hari, Hari Raya" sesuai sangat dengan moto, sekarang kita boleh nikmati burasak diluar musim perayaan.  Tak perlu tunggu hari raya lagi, rasa nak makan burasak order jer dari Bugis Delight ini. 
Wassalam.

Sunday 21 February 2016

Mendaki Batu Caves


Assalam...
Ini aktiviti hujung minggu lepas, aktiviti nak keluarkan peluh kononnya dengan mendaki tangga-tangga di Batu Caves.  Jangan tanya lepas mendaki mesti tau bilangan anak tangga yang ada sebab memang tak kira dan kalau kira pun mesti salah, tak reti nak mengira.  Selain penganut hindu, ramai jugak pengunjung lain hari itu sekadar untuk melawat atau exercise macam kami.  Nak tahu diorang datang untuk upacara agama, senang jer kebanyakkan mereka mendaki tanpa memakai alas kaki atau berkaki ayam.


Semasa mula hendak mendaki tu ada satu group antaranya suami isteri sedang memikul baby mereka menggunakan tebu.  Menurut kawan saya ini untuk membayar hajat sebab mereka telah mendapat baby.  Aci ini pula membawa periuk yang berisi susu sebagai persembahan hajat untuk diberikan pada sami yang akan melakukan upacara nanti.


Next time boleh berkunjung ke Dark Cave ini kalau nak tahu apa ada dalam gallery tu.  Hari itu kami tak sabar nak turun sebab dah lapar, tak larat nak tunggu hingga jam 10.30.


Antara kuil yang terdapat dalam gua Batu Caves, acara keagamaan hindu sedang berlangsung di sini.  Mereka yang pikul anak dengan tebu dan bawa susu tadi singgah beribadah di kuil ini.


Dalam gua tu, ada satu lagi tangga untuk sampai ke kuil sebelah atas.  Kami berehat seketika di atas tu sambil menjadi pemerhati kepada pengunjung lain.



Ini pula kuil yang terdapat di tingkat atas, tak ramai yang berkunjung ke sini berbanding dengan kuil yang di bawah tu.  Ketika sampai ke sini en.Abe kata dia tak rasa apa pun kat sini.  Saya ingatkan rasa yang dia maksudkan tu rasa seram ker, rasa teruja atau rasa lain macam.

Kumpulan pelancong dari negara jiran Indonesia tak melepaskan peluang mendaki hingga ke atas.


Perjalanan turun, geli hati melihat gelagat sang monyet dan pengunjung yang menjerit-jerit manja takutkan monyet.  Kalau tak nak dikacau janganlah bawa makanan atau benda-benda yang menarik perhatian sang monyet ini.



Tak rasalah naik sini, en.Abe cakap lagi.  Sebab tengok saya ini blur dengan maksud kata rasa tu. Rasa penatlah atau rasa letih atau rasa nak pintam mendaki.  Oh, apalah sengal sangat saya ini sampai boleh terfikir rasa seram tu semua.  Berpeluh tu memanglah tapi penat mendaki tangga naik ke tingkat 10 lagi azab rasanya.   



Kanak-kanak perempuan yang baru selesai menjalani upacara agama hindu di kuil di atas gua Batu Caves.


Turun dari atas tu, si sumandak singgah buat  lukis henna kat tangan.  Saya tak lah, sebab kedekut takmo keluar duit doplo hengget nak lukis macam tu.

Sempat perhatikan beberapa orang petugas wanita yang menjaga di pintu bawa sebelum memulakan pendakian.  Petugas tersebut memantau pakaian yang dipakai oleh pengunjung terutama oleh pengunjung wanita.  Mereka yang memakai seluar atau skirt pendek perlu untuk mengikat selendang yang disediakan agar pakaian mereka menjadi labuh.  Ada bayaran minima dikenakan.
Wassalam.

Instant Shawl Oleh Aleesya Ramadhani


Assalam...
Pada yang nak cari tudung/hijap yang simple, senang, tak perlu gosok tapi still ada stylo bila mengayakannya, bolehlah try instant shawl dari Aleesya Ramadhani ini.  Rakan sekerja adik ipar yang jual, so dia pun perkenalkan pada kami.  Bagi kami kalau dia boleh terima, mestilah tudung tu mematuhi syariah.   
 

Dari segi harga pun amat-amat berpatutan, mampu beli tak mahal banding dengan jenama lain yang mencecah ratusan ringgit.  Kalau berkenan boleh belek-belek dan order kat sini.
 


Gambar dua orang makcik kat atas tu, sebenarnya cerewet nak pakai tudung yang jenis lilit atau yang kena pin sana pin sini.  Orang old school dan jenis old fesyen memang susah nak mencuba jenis-jenis tudung baru zaman sekarang.  Boleh pakai pergi berjalan-jalan dan selesa tu kira ok lah kan.
Wassalam.

Tuesday 16 February 2016

Ketam Lemak Cili Padi


Assalam...
Alasan utama kurang nak makan ketam sebab alahan, kalau tak mesti masih ligat tak ingat dunia walaupun harganya agak mahal kini.  Alahan ini agaknya berkadar dengan faktor usia juga, sebab masa kecil asyik berlaukkan makanan laut berbanding ayam atau daging tapi takde pula tanda alahan tu.  Teringat arwah pak saudara yang bila berkunjung akan memberi beli satu bakul besar ketam segar yang hanya direbus dan kami rata ramai-ramai.  Pada keesokkan hari pula beliau akan beli lobster, sotong dan udang yang akan kami bakar dan rata.  Bestnyalah nostalgia zaman kanak-kanak yang sentiasa mewah makan segala jenis seafood.  

Boleh jer nak masak selalu tapi en.Abe pun tak sampai hati nak makan seorang, padahal terpaksa tahan nafsu sebab cik bini jenis pantang tengok makanan semua nak bedal.  
 


Ketam Lemak Cili Padi
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 kg ketam bunga - bersihkan
1 liter santan
5 biji bawang putih*
5 biji bawang merah*
segenggam cili padi*
2 batang serai - titik
Selebar daun kunyit - racik halus
Garam dan gula.

Cara Penyediaannya
*  Tumbuk lumat bahan bertanda '*'.
*  Rebus ketam bersama serai dengan sedikit air hingga mendidih seketika.  Keluarkan ketam.
*  Masukkan bahan tumbuk dan santan ke dalam air rebusan ketam tadi, biar mendidih seketika. 
*  Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ketam dan daun kunyit.
*  Didihkan seketika sambil kacau agar santan tidak berbaur.  Bila dah sebati boleh tutupkan api.



Nasiblah masa kecil dulu dah terlebih makan seafood.  Kini dah tua-tua dengan harga yang mahal plus alahan lagi, maka kita tumpu makan ikan saja.  Jadi sekarang kalau tak makan pun tak apa dah.
Wassalam.

Monday 15 February 2016

Sambal Sotong Petai 2 Batu


Assalam...
Nama 2 batu tu, saja letak sempena dapat bekalan petai dari 2 tempat yang namanya bermula dengan nama batu.  Petai dari Batu Kikir Negeri Sembilan pemberian kawan (isi petai pendek-pendek dan bulat kecil) dan petai dari Batu Balai Jerantut, Pahang kiriman dari ibu mertua (isi petainya besar dan lebar).  Kalau dapat petai memang suka buat sambal sebab kurang gemar nak makan sebagai ulam mentah melainkan petai jeruk.
 

Buat sambal pula lebih suka menggunakan cili merah atau cili hidup berbanding menggunakan cili kering.  Sebab itu warna sambal tak merah menyalah dan tak cantik.  Saya tak suka nak makan benda cantik dan sedap (alasan tak boleh blah), yang penting sedap pada tekak sendiri.  Tapi hari itu buat banyak jugak, licin jer orang lain makan.  Tak boleh jadikan kayu pengukur sebenarnya, sebab benda sedap dan cantik ini adalah subjektif.  Sedap pada tekak saya, pada tekak orang lain mungkin tidak.


Sambal Sotong Petai
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1kg kepala sotong - bersihkan buang
10 biji cili merah*
8 biji cili padi* jika nak pedas
5 biji bawang merah*
2 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
1 inc. halia*
1 biji buah keras* 
2 biji tomato*
1 inc. belacan* jika suka
1 mangkuk isi petai
Sedikit air asam jawa
Garam, gula dan bahan perasa
Minyak untuk menumis.


Cara Penyediaannya 
*  Blend halus bahan bertanda '*'
*  Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.
*  Masukkan kepala sotong, dan air asam jawa.  Biar hingga kuah sambal agak kering sedikit.
*  Masukkan isi petai (ada orang bagi tips, kalau nak kurangkan bau petai, petai kena goreng dahulu), tapi saya suka jer masukkan mentah-mentah gitu.
*  Bila petai agak layu, perasakan dengan garam, gula dan tambah serbuk perasa.
*  Tutup api dan bolehlah dihidang.

 

Ada orang tak nak geng sebab saya suka makan petai, busuk katanya.  Busuk-busuk pun ada khasiatnya, paling nyata pada saya bila dah makan petai senang nak membuang...ngeh ngeh ngeh. 
Wassalam.

Ayam Masak Merah Ala Ulik


Assalam...
Atas permintaan adik sepupu untuk dibuatkan ayam masak merah seperti yang mak dia selalu masak. Aduh memang pening  dibuatnya, nak buat pun jadi serba salah, mana pernah tengok mak dia sediakan menu tu.  Setiap kali datang asyik minta benda yang sama, fahamlah kita tanda-tanda orang rindukan maknya di kampung.  Bila  tanya dia menu, lagi tak membantu, budak zaman sekarang mana nak masuk dapur, masuk time dia lapar jer.  Masak jer janji warna merah dan sedap katanya sambil dia sibuk mengingati bahan-bahan yang selalu mak dia gunakan, antara lain di sebutnya adalah susu cair.
 

Ayam Masak Merah
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong kecil dan perap bersama garam, kunyit dan bawang putih tumbuk.
5 biji cili merah*
5 biji cili padi* (jangan letak kalau tak suka pedas)
4 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
2 biji bawang besar*
1 inc. halia*
2 batang serai*
2 biji buah keras*
Sedikit susu cair
Garam, Gula dan serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya.
* Goreng ayam terlebih dahulu.
* Kisar bahan bertanda '*' dan tumis hingga naik minyak dan wangi. 
* Masukkan garam, gula, bahan perisa dan sesuaikan rasanya.  Boleh masukkan bawang besar yang dihiris bulat.
* Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Gaul dan sebatikan dengan kuah.
* Biar agak kering sedikit atau suka yang berkuah.
* Letakkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
 


Seronok tengok dia makan dengan berselera, siap minta tapaukan lagi.   Agaknya sama lah tu dengan ayam masak merah mak dia.  Kalau tak sama pun, takpe sebab mana ada orang yang boleh challenge dengan masakan mak kita sendiri kan?  Apa-apa pun masakan mak kita yang terbaik walaupun hanya lauk yang simple.
Wassalam.

Thursday 11 February 2016

MASJID NURUTTAUBAH LAPEO


Assalam.....
Masjid Nuruttaubah diasaskan oleh K.H Muhammad Thahir (lebih dikenali sebagai Imam Lapeo) mengambil nama sempena nama sebuah kampung di kecamatan Campalagian, Polewali Mandar.  Imam Lapeo merupakan salah satu tokoh yang disebut dalam wali pitue (7 Wali) yang mempunyai pengaruh besar dalam penyebaran dan pemantapan agama islam di kalangan masyarakat khasnya di tanah Mandar (jarak kira-kira 290km dari Makassar).


Berhadapan dengan masjid, adalah deretan rumah-rumah waris Imam Lapeo yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Masjid Nuruttaubah sehingga kini.

Pelebaran jalan poros Polewali - Majene menyebabkan pintu gerbang utama masjid telah sampai ke garisan jalan utama.



Proses perluasan dan pembesaran ruang masjid jugak telah sampai ke kawasan makam yang menempatkan makam Imam Lapeo dan ahli keluarga beliau.


Makam Imam Lapeo (K.H Muhammad Thahir) yang terletak di tepi masjid sentiasa mendapat kunjungan daripada orang tempatan mahupun dari luar daerah.


Di ruang tepi beranda atau kawasan kaki lima, berdirinya menara masjid yang mendapat perhatian ramai.  Menurut mereka yang pernah berkunjung ke sini, dahulu pengunjung dibenarkan untuk mendaki sehingga ke tingkat atas.


Ruang sholat yang terletak di tingkat bawah.


Mimbar Masjid Jami' Nuruttaubah Lapeo.


Eskalator turut disediakan sebagai kemudahan jemaah untuk ke ruang solat di tingkat 2 dan 3 selain tangga biasa.

Selain nukilan kalimah suci al-Quran, turut dicatatkan adalah nama-nama individu pada setiap penjuru tiang-tiang utama dalam masjid.  Mereka ini adalah nama-nama yang telah memberi sumbangan terhadap pembangunan dan pengembangan aktiviti masjid.

Ruangan masjid di tingkat 2.  Ketika kami berkunjung pada hari itu, kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung di tingkat 3 menyebabkan ruang dalaman masjid berdebu.

Pandangan ke arah tingkat bawah dari tingkat 2 masjid.


Carta yang mencatatkan sejarah penubuhan dan nama-nama individu yang bertugas di Masjid Nuruttaubah Lapeo sejak awal pembinaannya pada tahun 1902.


Rukun dan hukum-hukum islam yang dicatatkan di dalam setiap kubah masjid.



Wassalam.

Wednesday 10 February 2016

Mendaki Gunung Sinai / Bukit Tursina.


Assalam...
Siapa minat dengan aktiviti lasak mendaki gunung atau bukit.  Saya sekadar mendaki Bukit Broga tu ok lah, atau kalau nak mendaki gunung yang trak dia memang dah cantik ada tangga seperti Gunung Kinabalu.  Tapi kalau nak menebas, nak panjat-panjat akar kayu bagai tu memang tak melepasi piawai jugak.  Ini dapat kiriman gambar dari adik yang pergi mendaki Gunung Sinai / Bukit Tursina yang nama gunung ini ada di sebut dalam Al-Quran termasuk juga disebut dalam kitab-kitab lain seperti Taurat dan Injil (Jabal Musa).  Ketika diberitahu yang dia akan mengikuti rombongan itu, saya yang berada jauh ini yang lebih teruja. 


Mendaki gunung biasa lain feelnya dengan mendaki Gunung Sinai ini, sebab ianya gunung yang bersejarah ada kaitannya dengan cerita nabi-nabi. Kebanyakkan pendaki yang mendaki gunung ini adalah penganut Islam, Yahudi dan Kristien dan sudah tentunya alasan utama mereka adalah dari segi keagamaan.
 

Sambil melangkahkan kaki, sambil itu bersikir dan mengingati peristiwa-peristiwa nabi seperti yang diceritakan dalam al-Quran menjadikan mereka semakin bersemangat untuk sampai ke puncak.
 

Pendakian naik ke gunung Sinai tidak dikenakan sebarang bayaran.  Sesiapa pun boleh mendaki yang penting cukup stamina.  Adik pergi mengikuti rombongan sempena cuti semester dan pakej yang mereka bayar memang amat murah jika dinilai dengan nilai duit kita.  Bayaran pakej yang mereka ikuti itu termasuk transport pergi dan balik dari Kaherah, makanan dan lawatan dan ke beberapa tempat. 
 

Pendakian dimulakan pada waktu tengah malam kira-kira jam 12 malam dan mereka berjaya sampai di puncak Gunung Tursina lebih kurang jam 5 pagi.  Setelah puas menikmati keindahan alam dan melihat kebesaran Maha Pencipta, rombongan mereka bergerak turun dari Gunung Sinai ketika waktu pagi. 


Eh boleh pulak dia mendaki dengan memakai jubah seperti ini.  Cuma perlu bersiap sedia dengan pakaian tebal kerana suhu boleh mencecah -3 darjah celcius ketika musim sejuk.  Tahniah awak kerana berjaya sampai ke puncak Gunung Sinai / Tursina / Jabal Musa.


Antara tempat persinggahan yang termasuk dalam pakej ziarah mereka adalah Makam Nabi Harun, Laut Merah dan Telaga Air Mata Nabi Musa.
 

Sekarang ini kita peram angan-angan dulu untuk menawan puncak Sinai.  Ada rezeki sampai Mesir kita pergi mendaki sama-sama ya. 
 

Sementara waktu ini kita tumpukan perhatian menawan puncak gunung yang dekat kampung dulu, cukuplah.  Insha Allah dipermudahkan untuk merasainya semula.
Wassalam.