Thursday, 28 April 2016

APAKAH JADAH? JADAH BAKAR


Assalam...
Apakah Jadah? saya tak maksud h**** jadah tu... Jadah bakar ini nama makanan, kudapan.  Saya jumpa masa berjalan-jalan ke bandung hari tu, tengok orang jual, beli dan rasainya sendiri.  Kalau tak silap masa beli tu, ada tanya kat penjual nama makanan ini, tapi sebab dah lama jadi lupa.  Jenuh juga nak nak ingat dan cari nama makanan ini, terpaksalah google.
 


Sekali imbas macam nasi impit kan, tapi jadah diperbuat dari pulut bukan nasi.  Hasil pencarian leceh jugak nak buatnya sebab proses nak kukus pulut dengan santan, lepas tu kena tumbuk pulut nak bagi mampat.  Dah mampat tu baru betukkan segi empat macam dalam gambar atau bulat-bulatkannya.  Dah dapat bentuk yang diingini, kena bakar pulak, bagi garing sikit bahagian luar tu.
 

Jadah bakar dimakan bersama serunding (rasa macam serunding ikan) atau kuah yang seakan kuah kacang.  Kalau nak campur kedua-dua serunding dengan kuah pun boleh atau makan asing-asing.  Memang sedap makan semasa panas-panas, pula ketika kami beli itu hujan lebat.  Sementara menunggu hujan redah kami sempat makan berkeping-keping jadah bakar.



Saya tak ingat harga untuk sekeping jadah bakar ini, murah saja Rp5000 atau Rp10,000 dan sekeping jadah bakar cukup mengenyangkan.



Sos untuk jadah bakar, serunding dan kuah kacang.




Kalau tanya resto mana yang jual, saya pun tidak tahu sebab saya beli jadah bakar dari penjaja jalanan saja.  Perut sendiri tanggunglah kan, kalau jenis yang manja tu, janganlah.  Banyak penjual jadah bakar ini yang mengandar jualan mereka ke sana ke mari.  Kami jumpa yang ini semasa berkeliaran di Jalan Asia Africa


Hujan dah redah, kami perlu berkumpul semula di kereta.  Geng kami semua senyum-senyum sebab perut dah kenyang, satu group lagi kelaparan berteduh kat mana entah.  Nak sarankan pergi beli jadah bakar, mereka tak lalu pula nak makan jajan tepi jalan ni.
Wassalam.

Monday, 25 April 2016

PISANG HIJAU / PISANG IJO


Assalam...
Dessert pisang hijau yang telah dimodifikasi, (saya anggap versi derhaka) dengan yang versi original pisang hijau di tempat asalnya (kota makassar).  Yang ini bukan saya buat, ada terjual di Klang yang mereka juga panggil sebagai pisang hijau.  Masih menggunakan pisang dan warna hijau pada kulit luar.  Cuma tulah kulit luar yang berwarna hijau tu menggunakan kulit kuih dadar, manakala resepi asal gunakan paste tepung yang dibentuk seperti buah pisang. 



Kuah pun turut modified, ada tambahan sagu dan pisang hijau ini tidak dimakan bersama dengan parutan ais dan sirup ambon.  Sebaliknya kuahnya dibuat seperti membuat sos vanilla (menggunakan tepung gandum dan santan) diletakkan dengan esen pisang, seakan kuah pengat gitu.  Tapi sebab tiada rotan, akar pun berguna juga, versi yang ini pun boleh layan sama.
 


Kalau jumpa kuih ini di mana-mana boleh lah dicubanya.  Cuma kalau pernah makan kuih pisang hijau ditempat asalnya, pasti akan ada komen mengenainya.
Wassalam.

Thursday, 21 April 2016

Ice Cream Tembikai


Assalam..
Cuaca panas membahang, ada orang panggil panas ceng, panas ding ding, panas lit lit.  Utung mereka yang hidup dan bekerja di bawah pendingin hawa, respek sangat mereka yang terpaksa bekerja di bawah panas matahari, masih tetap komited meneruskan tanggungjawab mereka.  Dalam keadaan panas-panas ini, rasanya nak cari benda yang nyaman lalu kat tekak seperti ice cream tembikai.  Ice cream yang menggunakan sebiji tembikai dan diletakkan bahan-bahan tambahan memang sedap.


Boleh letak sebarang perasa tambahan mengikut selera.



Gerai ice cream tembikai ini, kami jumpa ketika berkunjung ke kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor, Kelantan.  Murahkan sebiji tembikai ice cream hanya rm5.00, makan seorang memang tak habis.


Tapi kalau buah tembikai itu tak berhias cantik pun tanpa tambahan perasa, tetap terlajak laris oleh kami yang memang penggemar tembikai tanpa mengira cuaca.
Wassalam.