Sunday 31 August 2014

Selamat Ulang Tahun Malaysiaku Tercinta...

Assalam..
Selamat ulang tahun kemerdekaan Malaysiaku tercinta. Semoga bertambah makmur, aman, sejahtera negaraku dan dapat menanggapi segala cabaran mendatang.



Wassalam.

Saturday 30 August 2014

Jalan-Jalan Sampai Ke Morib.

Assalam....
Suatu petang pada beberapa hari di hari raya.  Nak pergi beraya rumah kawan-kawan, semua kawan balik kampung, rumah sedara, sedara pun dah sampai kampung, nak gi open house Agong & PM, Open house pulak dah cancell.   Bawalah hati dan perasaan berjalan-jalan yang tidak ketahuan ara tapi rasa nak duduk lepak-lepak di tepi pantai.  Nak ke PD memang tak lah, tak dan nak pergi dan balik lagi pun ini idea last minute.  So jalan jelah menyusuri highway dan jalan kampung.
Orang kampung, kalau jumpa gerai buah macam ini memang suka....rasa nak borong semua.
Beli serba sedikit buah untuk di santap masa lepak-lepak tepi pantai dan sebagai bekalan untuk projek seterusnya di rumah nanti.
Dah sampai ke Banting ikut jer signboard arah ke Pantai Morib.
 Nak singgah beraya rumah Hjh Zainap,
Tapi dia takde kat umah pulak, Hjh Zainap pergi beraya juga agaknya...

Jumpa Terminal Kerepek banting.com, singgah lagi cari kudapan.  Selain kerepek yang pelbagai, ada jual biskut raya, serunding, bahulu, kek dan sebagainya.
Curi-curi ambik gambar dalam bengkel tempat diorang proses kerepek.
Sebab makcik yang jaga tu, hamboi garangnya mentang-mentang pernah jadi guard 20 tahun kat Mydin Klang.  Bangga la tu.
Sini lalu jer, tak singgah pun..pantai belah resort tu best sikit, tapi tertutup untuk public dah jadi hak resort agaknya..
Budak ini frust nak singgah beraya sini tapi guard pulak tak buka pintu...
Ekau tenggok jelah bumbung rumah dia...orang dulu-dulu kata, tengok bumbung rumah pun terubat rindu...
Jumpa pengkalan nelayan, nak turun gak walaupun panas terik.  Layan kan jer.  Kan best kalau jumpa nelayan baru balik dari laut, boleh beli ikan...
Cam best jer tempat ini, tapi datang timing tak kena kot.  bagus untuk didih otak aku yang asyik beku jer.  Satu persefahaman hampir semua bot guna bendera biru.


Terpandang ikan talang kering melingkau atas pagau..sempoi nelayan ini keringkan ikan.
Akhirnya kami sampai di destinasi yang kami boleh lepak-lepak dan mengisi perut.
Akibat excited nak gi jalan-jalan tanpa tujuan, semua orang dah tak pedulikan makan tengah hari dari rumah.
Tapi tak susah sebab food court di sini ada banyak gerai, boleh pilih mana suka.  Ingat nak makan Sayap Ayam Madu Sabah tapi gerai hujung tu tak buka lagi.
Mercu tanda Pantai Morib, boleh tengok sunset kat sini tapi petang itu jerebu teruk matahari pun tak nampak sinar.
Ramai juga pengunjung yag turun ke pantai, kutip siput agaknya.
Masa kami sampai tu, air laut tengah surut...so mereka yang nak mandi manda kena pergi jauh ke tengah laut.  Kami taklah...
Kumpulan budak-budak yang mandi ini agak jauh dari pantai.
Es tong tong, bahasa kami masa kanak-kanak  untuk ice cream ini.  Teringat cerita lawak pasal abang sepupu saya dengan es tong tong ini.  Saya anggap ianya cerita zaman purba atau cerita pak pandir.  Selepas mereka memakan ice cream tu, kelonsong wafer tu mereka pulangkan kepada penjualnya sebab mereka tak tahu yang kon ice cream tu boleh dimakan. 
Kawasan Pantai Morib ini luas dan banyak kemudahan disediakan, sesuai untuk aktiviti family outdoor.  Tetapi kurang sesuai untuk tempat nak bermandi manda, bermain istana pasir semua tu.
Wassalam..

Thursday 28 August 2014

TTC Journey 07: Suntikan Pregnyl

Assalam...
Hari ini datang untuk scan kali kedua selepas tambahan 2 dos injection.  Hasil scan mendapati telur dah matang dan size sudah besar.  
Saya kepoh nak tengok skrin semasa doktor buat scan dan buat ukur lilit size telur dalam tiub, ada yang dah sampai 24, 22, 16....yang masih kecil pun banyak jgak size 10, 11, 12.  Lepas tu, doktor minta buat injection Pregnyl, nurse di LPPKN yang akan buat procedure tu, so tak perlu lah saya nak jadi doktor sendiri lagi.

Injection ini untuk pecahkan telur, biar boleh berenang-renang masuk ke tiub polofian.  Satu perasaan yang sangat mengujahkan bila dengar doktor cakap macam tu.  Sejuta harapan, semoga Allah memberkati dan memudahkan segalanya.   Suntikan dijalankan oleh nurse di klinik LKPPN.
Time frame amat penting saat ini, kat atas tu ada dicatatkan masa suntikan dilakukan adalah jam 10.30 pagi.  So hanya selepas 36 jam baru boleh bersama yang bermaksud 10.30 malam keesokan hari, sebelum itu tidak boleh...please set alarm takut lupa.  Hari teramat subur yang dijangkakan oleh doktor adalah 3 hari selepas tempoh 36 jam selepas suntikan.  Kos untuk satu sessi ini sebanyak RM75.90.
Selepas sessi, doktor dan nurse ucap good luck, semoga dipermudahkan rezeki untuk dapat baby.
Wassalam.

Monday 25 August 2014

TTC Journey 06: 1st Ultra Sound Scan

Assalam...
Lepas dah ambil ubat dan injection yang ditetapkan, Ultra sound scan dilakukan untuk melihat perkembangan telur di dalam ovari (kilang telur)....ukuran berdasarkan size telur, bentuk sempurna bulat atau belum, matang atau tidak.

Telur dalam tiub masih size kecik, tak cukup besar doktor cakap.  Dengar dia cakap size antara 10 ke 12 jer, doktor perlukan size sekurang-kurang 17 dan bentuknya bulat sempurna.

So doktor bagi another 2 dose injection lagi untuk mematangkan telur.   Malam ini sekali dan rabu malam sekali.  Khamis pagi kena datang scan lagi.  Tengok perkembangan telur....erm malam ini saya kena jadi doktor sendiri lagi cucuk tepi pusat, selalu en.hubby yang tolong buat plus cuak ngan jarum halus tu sama, tapi en.hubby kerja petang pulak hari ini

Harap2 lepas inject ini telur-telur dalam kilang tu besar, matang dan aktif bagai juara.  Wish me lucky okey...
Wassalam.

Friday 22 August 2014

HARI BERKABUNG NEGARA: 22 OGOS 2014.

Assalam...
Sebagai menghormati penerimaan jenazah warga Malaysia yang terlibat dalam tregedi MH17.  Sama-sama kita bertafakur moga roh-roh mereka di tempatkan bersama-sama  orang yang beriman.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t1.0-9/p180x540/10542014_740241626036206_2299905248306144661_n.jpg

Peraturan Hari Berkabung Negara 22 Ogos 2014 MH17
  • Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiand di seluruh negara dan semua acara berunsur hiburan hendaklah ditangguhkan semasa hari Perkabungan Negara pada Jumaat 22 Ogos 2014.
  • Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung dalam masjlis sambutan ketibaan jenazah, mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang bewarna hitam.
  • Semua pihak diminta memakai pakaian bewarna suram dan tidak bewarna terang/garang pada hari perkabungan.
  • Semua rancangan hiburan di semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan digantu dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan.
  • Peraturan hari perkabungan perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai. 
Wassalam.

Wednesday 20 August 2014

Batu Sapi Heritage Park, Sandakan

Assalam...
Satu tempat yang sejak dari kecil hanya dengar kawan-kawan dan orang sekeliling bercerita tentangnya.  Seketul batu yang menyerupai seekor sapi, yang sinonim dengan nama tempat itu sebagai Batu Sapi.  Namun tak berkesempatan untuk melihat sendiri, hanya mendapat gambaran daripada penceritaan dan melihat gambar kawan-kawan mahupun ahli keluarga yang telah berkunjung.  Nak kata jauh, tak jauh sangat.  Nak kata tak pernah sampai kawasan ini, pernah sampai.  Belum kehendakNya nak sampai.  Rupanya tunggu hari tua baru berjodoh nak pergi, itupun dah di up grade menjadi heritage park tempat ini.  Sudah ada  jalan konkrit sampai ke bangunan reception, laluan pejalan kaki hingga ke pelantar tinjauan.  Kalau ikut gambaran orang dulu-dulu, pengunjung kena berjalan kaki dari simpang luar sebab memang tiada public transport ke sini, melalui jalan tanah merah.   Pengunjung boleh berjalan sehingga ke batu itu (agaknya pantai dulu masih bersih) dan ada yang meletakkan tangga untuk memanjat hingga ke atas.
Kini dah ada pelantar, saya tinjau dan terjah jer dari situ.  Agak susah bagi orang seperti saya ini nak pergi menyentuh batu itu dek membayangkan selut dan timbunan sampah sarap yang bertimbun di tepi pantai.  Sebenarnya tempat ini agak tersorok daripada jalan besar, terletak di kawasan industri, kedudukannya betul-betul berada di belakang kilang papan dan berdekatan dengan stesen janakuasa elektrik.

Inilah stesen janakuasa batu sapi yang supply elektrik untuk Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).  SESB pula salurkan bekalan elektrik ke seluruh daerah Sandakan.
Ada binaan di kawasan ini, tapi macam dah tergendala.  Agaknya nak di up grade sebagai kawasan rekreasi kot, sebab dari simpang jalan dah ada papan tanda, ada bangunan macam untuk reception, tapi kosong.  Bila dah up nanti for sure ada kutipan kan.  Sementara waktu ini, pelawat yang datang kena lalu di tepi bangunan tersebut.  
Sebab tak pernah sampai sini, kami terus ke laluan sebelah kiri yang mengunjur ke laut.   Cukup sampai di pertengahan jalan tapi, sebab was-was tengok ada orang kat hujung tu.
Dari arah tebing ini, batu tu tak jelas sangat bentuk sapinya.
Dari anjung tinjau ini baru nampak bentuk macam sapi.  Ini bentuk sapi jantan ke sapi betina???...
Dari batu inilah kawasan Batu Sapi mendapat namanya.
 Kaki belakang sapi....
Batu sapi yang tersergam berada di tengah-tengah kawasan teluk laut.  Mengikut mitos penduduk bongkah batu ini terjadi ketika seekor sapi yang disambar petir ketika bergelut dengan seekor buaya untuk meyelamatkan penduduk (nelayan) tempatan. 
Proses pasang surut air laut membantu membawa sampah dari kawasan perumahan terdekat dan termendap di kawasan pantai.  Suatu pemandangan yang sangat menyakitkan mata pengunjung.  Pandangan hanya perlu fokus pada batu sebab bila dah kalih ke lain, nampak sampah yang lebih menonjol.
Harap lepas ini, pihak berwajib ker, pihak developer ker, cepat-cepat selesaikan isu sampah ini.  Mungkin jaring penebat dari hujung teluk untuk menghalang sampah sampai ke kawasan ini.  Bila sesuatu hendak ditonjolkan sebagai ikon, tempat kenalah buat betul-betul kan, baru pengunjung puas hati dan promote pada orang lain pulak.
Wassalam.

Tuesday 19 August 2014

Tumbuk, Ketupat, Burasak Nasi & Pulut, Menu Tradisi Sambut Raya.

Assalam...
Pengalaman belajar beraya secara sendiri.  Bukan seorang diri tetapi sebagai tempat rujuk untuk adik-adik dan anak-anak sedara.  Selalu beraya di kampung ada mak yang menjadi pengarah projek untuk sediakan itu ini.  Daku menolong mana yang patut jer, sekarang dah jadi ibu keladi pening jugak dibuatnya.  Tak nak buat boleh jer, tapi kalau takde semua ini tak rayalah namanya.
Sedaya mungkin cuba diusahakan supaya tradisi itu berterusan.  Begitulah tekad jitu anak kampung untuk sambut raya di bandar.  Maka hutan batu pun diteroka untuk menjayakan misi ini.  Pertama mencari daun pisang, memang banyak daun pisang dijual dipasar, tapi tidak begitu sesuai digunakan untuk membalut burasak.  Hanya daun pisang nipah yang sesuai.  Teori asal boleh dan janji daun pisang tak boleh guna.  Yang dijual kat pasar tu dari macam-macam jenis pokok pisang, pisang monyet yang tumbuh dalam hutan pun ada.  Perlu pilih, tersalah guna daun pisang burasak boleh jadi kelat atau masam rasanya.
Penyedian burasak lebih kurang sama je dengan ketupat palas, kelupis ataupun pulut dakap dari segi penggunaan bahan pulut dan santan.  Cuma bahan untuk membungkus tu yang berlainan, agaknya bergantung pada sumber tumbuhan yang terdapat di kawasan atau sekeliling orang-orang kampung dulu.  So resepi tu mesti semua dah tahu kan?.
Antara tips untuk menyediakan burasak.
1.  Gunakan santan pekat yang fresh, didihkan terlebih dahulu bersama sedikit garam.
2.  Beras pulut direndam terlebih dahulu dan cuci sehingga bersih.
3.  Kukus pulut sehingga betul2 masak / tanak.  Tutup periuk pengukus ketika wap sudah keluar agar pulut cepat masak dan sekata.
4.  Gaul pulut bersama santan ketika masih panas dan pastikan setiap butir pulut terkena santan dan tidak berketul.
4.  Gunakan daun pisang muda (pucuk muda) untuk lapisan dalam. 
5.  Balutan dan ikatan perlu kemas dan ketat untuk mengelakkan burasak terburai ketika merebus.
6.  Burasak perlu di rebus sekurang-kurangnya 6 jam.  Kalau rebus guna dapur kayu lebih 6 jam pun takpe tapi pastikan api sentiasa ada.
7.  Pastikan air mencukupi dan menenggelamkan burasak.  Perlu ditambah bila air berkurang.
Untuk burasak nasi, boleh buat guna beras yang ditanak separuh masak dengan santan kemudian bungkus.  Tapi saya buat cara sonang, masak nasi dengan santan dalam rice cooker macam masak nasi lemak.  Gunakan daun pisang pucuk muda untuk balutan lapisan pertama.
Balut untuk kali kedua menggunakan daun pisang biasa.
Sebelum burasak nasi diikat, tekan terlebih dahulu untuk memadatkannya.  Dakapkan tiga (3) bungkus dan ikat kemas. 
Beginilah keadaan burasak nasi yang dah siap.  Lembut tetapi pejal dan wangi aroma dari pucuk daun pisang.
Ketupat daun kelapa ini ada macam-macam nama mengikut bentuk. Ketupat sate, sinto, jantung, bawang dan macam-macam lagi.  Saya hanya boleh menganyam 2 jenis, tapi tak tahu ape nama ketpat tu jantung ke, sate ke...entahhh.
Akan datang kena belajar buat ketupat yang guna daun palas dan daun pandan besar (giant) pulak.  Agak-agak sapa yang sudi menjadi sifu...
Ini pula cara untuk menyediakan burasak pulut.  Pulut yang telah digaul dengan santan perlu diurut memanjang sehingga betul-betul pejal dan ketat.
Selepas itu bungkus satu per satu dengan daun pisang dan ikat 3 keping bersama.
Ini rupa burasak pulut yang telah siap.  Lebih kurang pulut dakap atau kelupis orang Sarawak (komen member Sarawak yang datang rumah hari tu, cuma kelupis dibungkus menggunakan daun irik).
Tumbuk yang kontot2, sebab nak balut tu bergantung kepada saiz daun pisang.  Kalau dapat yang besar dan lebar bolehlah mengisi banyak bebola pulut tu.
Tumbuk yang dah masak, kalau dah susun cantik2 atas pinggan tanpa daun pembalut tu ramai yang menyangka ianya sebagai lemang.
Hidangan burasak dan tumbuk selalu dimakan bersama ayam masak lengkuas, rendang, bejabu' mahupun kari.  Kalau ketupat pulak biasa dipadankan dengan sup tulang, sup ayam atau coto.  Tumbuk dan burasak pulut jugak boleh dimakan bersama tapai pulut.
Wassalam.