Assalam...
Berkunjung ke pasar pagi di Kelurahan Pelitakan, Kecamatan Tapango, Kabupaten Polman, Sulawesi Barat (SulBar). Pasar pagi yang diadakan 2 kali seminggu iaitu setiap hari khamis dan ahad.
Pada bahagian hadapan pasar, kita akan berjumpa dengan peniaga ayam. Rata-rata ayam yang dijual adalah ayam kampung yang diletakan di dalam raga buluh ataupun jaring.
Pasar Pelitakan sebenarnya menawarkan keperluan asas harian kepada penduduk daripada kampung-kampung berdekatan. Keperluan bahan makanan seperti barangan kering, sayur-sayuran, ikan dan daging adalah bahan utama yang dijual di pasar ini.
Kebanyakkan peniaga yang berjualan terdiri daripada kaum hawa dan..
barang jualan yang mereka diniagakan pun adalah hasil ternakan dan tanaman di kebun masing-masing.
Buah keras / kemiri / candlenut / pelleng'
Gerai menjual barang-barang makanan kering.
Asam mangga.
Ada penjual yang hanya berniaga secara sementara di sini, hanya berjualan ketika hari pasar. Sementara yang lain ada di antara mereka akan berjualan di pasar tempat lain pada hari yang lain dan akan kembali semula ke sini pada hari pasar iaitu hari khamis dan ahad.
Keadaan pasar, di dalam bangunan yang masih belum sempurna.
Gerai periuk tanah.
Waktu operasi dipasar bermula seawal jam 5 pagi sehingga tengahari.
1 tumpuk Rp5,000
Segar-segar sayur mereka.Yang ini saya tak tahu ape, kuih atau ape..
Kuih burongcong...dibuat daripada campuran tepung pulut, kelapa dan gula.
Nak try rasa putu diorang ini, macam putu buluh cuma acuan tak guna batang buluh, guna tin sardin tapi.
Putu yang dah masak, golek2kan dalam kelapa parut kemudian dibungkus dalam daun pidang.
Ini sambal untuk putu tadi, saya pun cakap oh gula putu macam tu...orang tu cakap ini bukan gula tapi sambal. Malu kejap....orang sini makan putu bukan dengan gula melaka tapi dengan Sambal Tahi Minyak.
Mula-mula ingat benda ini adalah udang kecil atau ikan bilis, ternyata bukan. Nama dia PENJA, satu species ikan kecil yang dikeringkan. Unit ukuran dalam berjual beli, mangkuk kecil atau sukatan liter.
Spices ikan air tawar yang dijual bukan kira kilo tapi per ikat gitu.
Ikan paling fofular di sini, ikan bolu..ranking fofular tu saya jer yang bagi sebab setiap rumah ada disajikan ikan ini.
Smoked tuna & mackeral pun ada.
Ikan tongkol / tuna / kayu / aya / cekaleng mungkin ikan yang kedua fofular.
Rumah kedai yang ada di pekan Pelitakan, tempat penduduk mendapatkan bekalan harian diluar waktu hari pasar.
Selesai driver saya membeli-belah (amboi ada driver) kami bergerak balik menaiki skuter, sarat dengan membawa pelbagai ikan, sayur dan orang yang kekenyangan makan Burongcong.
Wassalam.