Wednesday, 30 April 2014

Mati Itu Pasti...

Assalam...
Setiap di antara kita pasti suka mendengar khabar yang mengembirakan yang mampu membuat kita tersenyum dan rasa bahagia.  Namun bagaimana sekiranya kita mendapat berita tentang kematian seseorang, terutama yang ada pertalian keluarga atau teman rapat?  Seboleh mungkin kita memang tak mahukan yang ini.  Namun janji Allah itu pasti, saat kematian setiap mahkluk tidak akan berganjak walau seminit.
Bersediakan kita sekiranya berita seumpama ini dikhabarkan pada kita, yang insan tersayang telah kembali menghadap Pencipta.  Pada ketika kita tidak berada di sisi.  Bila mana ketika hayat si arwah, kita tahu dia sedang sakit namun kita terlalu sibuk dengan urusan hingga tidak sempat untuk melawat dan bertanya khabar.  Sedang jarak antara kita memungkin dapat bertemu saban minggu atau bulan.  Hampir tidak diperlukan tiket tambang rendah mahupun promosi seumpamanya untuk berada bersama.  Mendapat berita pula setelah pengebumian, itu pun melalui laman sosial setelah sanak saudara memuat naik status kematian tersebut.  Kenapa pada masa itu kita tidak mengetahuinya, bukan kah selama ini kita sentiasa on dengan fb, twitter, instag, blog dan sebagainya.  Sudah pasti ada rintihan, perasaan ralat dan pertanyaan yang tiada kesudahan dan timbul penyesalan...Ambillah iktibar, segeralah ziarahi saudara-mara, kenalan dan sesiapa sahaja yang mengisi ruang-ruang dihati anda ketika mana mereka masih sihat mahupun sakit. 
Wassalam.

Permulaan Satu Langkah...

Assalam...
Salam manis kawan-kawan, hari ini memulakan satu langkah untuk memberi nilai tambah pada diri, agar lebih bermakna sebagai seorang wanita, isteri, anak dan khalifah kecil di dunia yang sementara ini.  Semoga kayuhan dari langkah pertama ini akan memberi manfaat dan hasil yang membanggakan untuk kelangsungan hidup akan datang.
Andainya nanti pulangan dari permulaan ini tidak berhasil atau kurang memberangsangkan, aku pasrah dan redha akan ketentuanNya kerana kun fa ya kun itu milikNya.  Benarlah qada dan qadar manusia telah ditentukan oleh Allah Swt.  Sekurang-kurangnya aku telah berusaha ke arah itu dan perlu bersangka baik, aku tidak diberikan rezeki di situ tetapi pasti ganjaran yang terbaik telah tersedia untukku.  Semoga usahaku yang sedikit ini sentiasa mendapat redha dan keberkatan dari Ilahi.
Wassalam.

TTC Journey 02 : Blood Test & Sperm Test

Assalam..
Hari pertama pendaftaran terus proceed untuk hubby buat blood test.  Hanya hubby yang procees dulu sebab kita kena tunggu ada hari yang perlu ditentukan.  Blood test ini untuk tahu kumpulan darah, penyakit kelamin STD (Sexually Transmitted Disease) dan kena ambil sample air mani untuk test sperma.  Kebanyakkan result test tu boleh dapat dengan cepat dan Alhamdulillah, result dari semua test tu, semua normal.

Kini giliran saya pula untuk diambil sample darah, juga untuk test STD, ph darah dan hormon.  Saya kena buat 2 peringkat nak ambil sample darah pertama kena ambil pada hari period antara hari kedua hingga hari ke-5 period.  So kena call LPPKN untuk set temujanji datang ambil darah.  Kali ke-2 adalah pada hari ke-21 dalam kitaran haid.

Pada kali ke-2 ambil sampel darah saya juga kena buat temujanji untuk buat scan HSG dan jumpa doktor LPPKN.  HSG kena buat di klinik lain sebab LPPKN tiada perkhidmatan itu, saya pilih pergi Daya X-ray Specialist Centre sebab berdekatan dengan LPPKN di Jalan Raja Laut.  So kena buat temujanji dengan Daya dan bawa surat dari LPKKN masa datang buat HSG nanti.

Sebelum balik nurse LPPKN pesan untuk temujanji seterusnya jumpa dengan doktor kena bawa semua result test iaitu blood test dan HGS tu.  Macam saya, nanti saya cuma bawa result test HGS tu sebab test yang lain buat di LPPKN saja.
Wassalam.

Tuesday, 29 April 2014

TTC Journey 01 : Klinik LPPKN

Assalam...
Tekad nak pergi LPPKN.  Hari pertama temu janji baru registerd jer, buka fail.  Detail adalah nurse tanya, personel background and yang relevent as such time period, masalah pms, pernah bersalin or tak, pernah gugur or tak, ambil ubat or tak.  Ramai rupanya pasangan yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan zuriat, yang berusia jangan kira, yang muda belia lagi ramai.  Pada sesiapa yang dah lama mendirikan rumahtangga tapi belum dikurniakan zuriat, datanglah ke klinik kesuburan LKPPN.  Ada cawangan di setiap negeri.  Saya pergi klinik cawangan Kuala Lumpur, di jalan Raja Laut sebab senang dan dekat dari kediaman banding nak pergi cawangan negeri Selangor.
Satu perkara yang nurse tu tanya pasal pernah keluar air susu ke tak?....Erm memang pernah, ada sekali atau dua kali.  Bukanlah keluar air susu banyak macam wanita menyusuhkan baby tu.  Keluar sikit jer, setitik atau dua jer bila picit nipple.  Nurse tu cakap terlebih hormon prolaktin.  Salah satu punca menyebabkan susah nak  pregnant.  Sah-sah saya memang kurang pengetahuan pasal itu.  Ini first time dengar pun.  
Suami kena buat ujian sperm dan darah pada hari ini.  Haru suami i tak tahu golongan darah apa, so buat test skali ler.  Kos pendaftaran termasuk pengambilan sample darah adalah RM123.00. Opps lupa nak mention, yang advise pergi sini adalah doktor yang pernah saya pergi klinik dia buat annual medical check up.  Dia sarankan pergi klinik kesuburan LPKKN, atas sebab faktor usia dan kos.
Wassalam.

Saturday, 26 April 2014

Tumis Buncis Taugeh bersama Hati Ayam

Assalam...
Hujung minggu asyik ingat nak makan-makan jer, lebih-lebih lagi asyik ujan, cuaca sejuk2 begini perut cepat rasa lapar.  Harapnya hujan yang turun beberapa hari dapat mengakhiri kemarau dan catuan bekalan air...perasaan gelisah dan stress itu rasanya on off seperti jadual bekalan catuan air.  2 hari ada air, 2 hari ceria gembira, 2 hari berikutnya tiada belakan, 2 hari itu jugakalah rasa stress datang.  Ya Allah ini baru ujian kecil, semoga aku tergolong dikalangan mereka yang sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanMu.
Bila bekalan air bercatu, kebanyakkan waktu kami memang makan di luar lagi pun makan malam selalu ringkas saja.  Rasa syukur sangat sebab bekerja di tempat makan-makan jadi memang tak risau sangat bab tu, sebab di tempat kerja ada disediakan breakfast dan lunch.  So masa malam itu mencari yang light & easy jer.  Sekadar menikmati teh O bersama biskut pun dah mencukupi.  Tapi mood ini tak boleh kira jugak, kalau dia datang dan ada permintaaan, tengah-tengah malam kelentang kelentung di dapur.  Banyak-banyak bersabar ya wahai jiranku kerana kita berkongsi - dindingmu dindingku juah...
Tumis Bunci Taugeh bersama Hati Ayam
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
2 genggam kacang buncis - potong
1 genggam taugeh
1 biji tomato - belah 4
Hati dan pedal ayam - hiris kecil
1 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu sos tiram
garam secukupnya
minyak untuk menumis.

Cara Penyediaan
1. Tumis bawang merah hingga layu, masukkan bawang putih dan hati bersama pedal ayam.
2.  Masukkan sos tiram, garam dan sedikit air, tumis hingga pedal dan hati masak.
3.  Masukkan kacang buncis. Biar sekejap baru masukkan taugeh dan tomato dan tutupkan api.
Wassalam..

Friday, 25 April 2014

Masak Kicap Ayam Hutan Pekat-Pekat.

Assalam....
Esok dah hujung minggu, hari untuk melekat di rumah.  Hujung minggu ini en.Abe kerja, so memang xde can nak gi lepak-lepak atau jalan-jalan.  Nak kuar sorang-sorang malas, lagi pun suka lagi duduk rumah rasa selamat dan tenang, bosan boleh online, sambung baca novel, atau mengasah bakat di dapur.  Masak super simple dimple saja yang penting boleh kenyangkan perut que dan orang yang balik kerja nanti
Resepi ini dapat hasil daripada pemerhatian melihat ahli keluarga sahabat baik saya yang suka benar duduk dapur.  Pagi-pagi kalau pergi rumah depa ini, mula celik jer mata daku perati dia dah ada di dapur sediakan sarapan, lepas tu meleret-leret hingga makan tengahari, minum petang, makan malam lepas makan malam ada lagi minum-minum bersama kudapan.  Kalau dah berkumpul ramai-ramai asyik-asyik masak, lepas masak makan, lepas makan masak lagi, hingga nak berjalan ke mana-mana selalunye postponed keesokan hari.  Ini antara resepi kesukaan keluarga ini iaitu Ayam Hutan Masak Kicap (tang bunyi pekat2 tu saja saya letak bagi sedap lagi) duk bandar tak jumpa ayam hutan, kita tukar dengan ayam bandar. 
Ayam Hutan Masak Kicap
Sumber: Nani family

Bahan-bahan
1 ekor ayam hutan (kita tukar ayam bandar) perapkan dengan garam, kunyit dan halia seketika.
Minyak untuk menggoreng 
* Gorengkan ayam separuh masak terlebih dahulu

Bahan tumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc. sedikit halia
2 batang serai ketuk

Bahan lain-lain
2 sudu besar cili boh
4 sekawan (1 setiap jenis)
2 ulas bawang besar - hiris 
1 biji cili besar - belah dua
1 biji tomato - belah empat
1 cawan kicap manis (selalu guna kipas udang/ jalen)
sedikit air
gula, garam dan perasa 

Cara penyediaan
1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan cili boh dan tumis hingga cili masak.
2. Masukkan 4 sekawan, kicap, air, perasa dan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu.  Masak hingga pekat atau mengikut pekat kuah yang dikehendaki.  Kalau suka yang berkuah boleh tambah air dan kicap.
3. Sebelum tutup api, masukkan bawang hiris, cilli dan tomato.
Wassalam.

Rugi Kalau Tak Tahu....Cukai Pendapatan

Assalam....
Semalam saya ada cerita pasal cukai pendapatan  dan sekarang nak cerita kenapa saya kena bayar penalti oleh LHDN.  Walaupun kena bayar sikit tapi macam tak bestlah sebab kena denda, denda sebab dah buat kessalahan, alamak memang tak sedap sangat bunyinya.  Kesalahan yang tidak diketahui dan tidak pernah diambil tahu.  Betullah kot kata seseorang yang memberi komen, kena banyak membaca jangan buang masa.  Senang cerita ada baiknya sesekali menjadi kepoci dan kiasu.
Kisahnya macam ini, seingat saya dulu pernah buat pendaftaran dalam talian di laman web LDHN.  Selepas membuat pendaftar itu, ada dinyatakan telah berjaya dan akan dimaklumkan secara bertulis nombor fail atau nombor cukai anda.  Mingu berganti, bulan dan tahun tapi surat atau sebarang jawapan tidak diterima.  So stop sampai situ dan andaikan saya memang tiada sebarang rekod dengan mereka.  Lagipun sedar gaji kecik dan tak perlu bayar cukai pendapatan pun. 
Dijadikan cerita kenapa saya gatal tangan nak daftar tu sebab rakan-rakan satu tempat kerja lama kata perlu ada fail dengan LHDN walaupun tak layak bayar cukai.  Walaupun saya tiada fail tetapi memang setiap tahun akan menolong rakan-rakan untuk menghantar borang cukai mereka dari zaman penghantaran secara manual ke zaman e-filing ini.  Dari situ saya tahu secara teori dan praktikalnya untuk mengisi borang cukai pendapatan (BE), samping tu seronok juga boleh tahu income rakan-rakanku..walla wauu banyaknya.
Bila dah pindah tempat baru, majikan lama, tempat je baru, dah mula di kenakan potongan PCB (potongan cukai berkala) setiap bulan.  Bila diorang tanya nombor cukai, saya cakaplah tiada, memang tak ada.  Sampai dah lebih 2 tahun buat potongan PCB dan baru-baru ini saja dapat tahu yang saya jugak tidak layak dikenakan cukai.  Maksud gaji kecik lagi.  Dan segala potongan yang telah dibuat akan dikembalikan semula oleh LHDN tetapi dengan syarat borang cukai BE perlu dihantar terlebih dahulu.  Terima kasih pada rakan kiasu saya, tanpa anda saya tidak tahupun tentang ini.   Eihh dengar duit itu boleh dapat balik, berbunga-bunga hati dan-dan itu juga saya call LHDN tanya nombor cukai dan nombor pin sekali.
Ketika buat panggilan barulah tahu yang saya dah ada fail yang menggunakan alamat lama di Pulau Pinang dan banyaklah info yang perlu dikemas kini.  Saya perlu menghantar penyata untuk 2 tahun pada masa yang sama iaitu tahun 2012 dan 2013 yang berakhir pada 15 Mei 2014.  Sebelum ini tarikh tutup ditetapkan pada 30 April 2014.
Yang saya kena penalti itu sebab tidak menghantar penyata 2012 yang patutnya diselesaikan pada tahun 2013 lepas.  Nasiblah saya ada 2 tahun jer, kalau banyak tahun? jenuh saya kena penalti, dan berlambak-lambak duit yang perlu saya tuntut di LHDN itu.  Manalah nak tahu, ingat dah potong tiap-tiap bulan tu, dah settle lah tak perlu buat apa-ape lagi. 
Lepas kejadian ini, saya pun dah mula kepoh pada kawan-kawan yang lain, kot2 ada antara mereka yang mengalami situasi yang sama.  Memang betul ada 2 3 orang seperti saya, dan saya yang tak tahu ini mereka jadikan  sumber rujukan.  Bayangkanlah berguru dengan orang yang jugak tidak tahu..hehehe...

Moral of the story.
1. Sila jelaskan bayaran yang dikenakan melalui kaunter atau dalam talian seperti di sini pada tarikh yang telah ditetapkan.
2. LHDN tidak akan buat potongan untuk menjelaskan jumlah cukai anda, walaupun terdapat lebihan bayaran yang telah dibuat.  Jadi jumlah perlu dibayar tetap kena bayar mengikut tempoh yang ditetapkan.
3. Bayaran lebihan melalui potongan bulanan akan dikembalikan dalam jumlah tersebut.
4. Bila anda menerima borang EA dari majikan, cepat-cepat buat penghantaran borang cukai ke LHDN secara online atau melalui kaunter.  
5.  Cepat anda buat serahan, cepat anda boleh dapat semula duit lebihan bayaran.  LHDN sekarang dah up to date (dulu-dulu memang tunggu berjangut, kes macam sahabat baik saya dekat 10 tahun baru dapat balik duit).
6. Anda perlu berdaftar kepada LHDN sebagai pembayar cukai bila pendapatan anda melebihi RM2, 837.00 sebulan (termasuk gaji dan elaun yang layak dicukai).
7.  Selepas tahun 2013, individu yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi RM30, 667.00 (selepas tolakan KWSP), mereka perlu mendaftar fail cukai pendapatan.  Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi e-daftar
8. Tarikh tutup serahan borang cukai tahunan selalunya pada 30 April setiap tahun (tertakluk pada perubahan oleh LHDN).
Wassalam.

Thursday, 24 April 2014

Ammeltz Yoko Yoko!!!!

Assalam...
Best sangat ker guna Ammelt Yoko Yoko ini?  Kalau tengok iklan memang macam best, macam ajaib gitu, pengikut setia iklan atau memang sangat memerlukan benda ini.  Sapu-sapu hilang terus sakit dan sengal-sengal badan.  Ini dah masuk botol yang ketiga, menunjukkan ianya rasi pada en.Abe  bukan saya.  Kalau saya sakit pun rela duduk diam layan sakit dari sapu benda ini, tak suka dengan rasa yang berangin dan pedih perit bila terkena pada kulit.  Betapa obsessnya en.Abe pada cik yoko yoko ini.  Sakit sendi sapu, sengal bahu sapu, sakit perut sapu, sakit kepala sapu, sehingga gatal badan kena gigit semut pun sapu.  Cik yoko yoko dah jadi begitu penting sebagai pelindung pada tuannya.  Sebagai pertahanan en.Abe bila ada serangga yang menganggu, en.Abe sapu semut dengan cik yoko yoko.  Semut tak hilang sengal dan sendi badan tapi terus hilang sengat dan jiwa..

En.Abe kata saya penakut ubat, memang iya tapi saya tahan sakit.  Sakit sikit-sikit je tak yah lah telan paracetamol, lebih rela tahan sakit dan pergi tidur dengan harapan bila bangun sakit itu dah hilang.  Itulah terapi yang selalu saya amalkan, memang dari dulu tak suka makan ubat, bekalan ubat yang saya ada hanyalah minyak angin yang tidak terlalu berangin.  Sapu hanya ketika betul-betul sakit yang dirasa tak dapat ditanggung lagi (kadang saja simpan sebagai persediaan ketika kawan baik datang berkunjung)..
Wassalam.

Cukai Jangan Culas

Assalam...
Anda dah hantar borang cukai ker belum, sekarang dah senang tak perlu dah ke pejabat hasil.  Semua dihujung jari, klik-klik jer di e-filing.  Dulu memang tak nak buka file dengan LHDN ini.  Bukan nak lari dari bayar cukai, tapi malas sebab bila dah ada file, setiap tahun kena hantar penyata tahunan walaupun tak layak bayar cukai.  Lagi satu borang dan arahan dalam tu macam sukar nak faham (tu yang tulis dalam Bahasa Malaysia kalau bahasa lain lagi).  Tak hantar kalu nanti kena bayar penalti bawah subseksyen 112(3) kerana gagal mengemukan borang penyata dalam tempoh yang ditetapkan.
Tetapi benda yang selalu kita elak dan tak nak itulah yang dapat.  Padanlah muka aku, kan dah kena bayar penalti sebab penyata yang 2012 tak dihantar.  Nasib baik tak kena banyak, banyak kalu mau pengsan makcik mana nak cekau duit nak bayar.  Alamak kena bayar penalti RM1.92 sahaja, itupun nak kecoh ker, aiya bayar jelah boleh top-up2 duit LHDN kumpul-kumpul untuk bagi BRIM pada yang memerlukan.  Saudara-mara sendiri pun ramai gak yang layak terima.  Nanti sambung nape saya kena bayar penalti walaupun saya sendiri tidak pernah mendaftar di LHDN. 
Wassalam.

Wednesday, 23 April 2014

Kenangan Biskut Teddy

Assalam...
Biskut teddy pernah jadi kesukaan suatu ketika dulu, zaman jadi pelajar dulu-dulu.  Biskut ini jadi peneman kalau nak menelaah bersama semug teh O panas.  Almaklum masa tu asyik lapar jekan, duduk pulak di hostel kalau kat rumah tu boleh tahan lagi, pergi jer dapur buka tudung saji mesti ada makanan.  So masa duduk hostel inilah baru saya belajar nak makan biskut-biskut atau creaker seumpamaya, memang sentiasa menyimpan stock dalam loker.  Sambil membaca nota-nota, sambil jari menyumbat biskut satu per satu masuk ke dalam mulut, tak sedar habis satu peket.  
Lepas dah habis zaman belajar, dah lupa akan biskut teddy ini.  Namun creaker yang lain still consume juga sebagai contingency stock in-chase malam-malam lapar atau malas nak masak, makan jer creaker bercicah air teh.
Sebelum dingap dalam mulut, si teddy ini akan disusun seperti ini, suka tengok teddy comel-comel itu berbaris. Berbaris dengan aksi comel ala-ala pesalah yang menunggu untuk dijatuhkan dihukuman ngap dalam mulut.  Seekor demi seekor akan selamat masuk dalam perut...hahaha.
Memang dah lama sangat tak makan dan hampir lupa akan biskut ini.  Yang boleh teringat, seorang kenalan telah memberikan sepeket biskut berbentuk teddy tapi bukan yang ini.  Brand baru di pasaran.  Itu yang tiba-tiba kepala otak seakan mengingat semula, macam pernah ada cerita dengan biskut berbentuk teddy.  Penat minda nak recall, cepat-cepat I confirmkan dengan sahabat baik I.  Nasib dia boleh ingat dan suruh saya pergi beli kat Tesco.  Then dia kenakan i sebijik... 
"Weh selalu cakap aku pelupa, dah sekarang ko pun dah pelupa..hahaha"...gulrppp!!!. 
Wassalam.

Monday, 21 April 2014

Kuih Sawalla, Percubaan Ketiga.

Assalam...
Tengok prop untuk garnishing (deko) memang lansung tak ikut prosedur yang betul.  Seingat dulu-dulu philosophy menghias makanan yang dibelajar, kalau makanan manis garnishing perlu benda-benda manis jugak.  Makanan savori (pedas, berempah) pun kena mengikut taste makanan.  Begitu jugak dengan pinggan yang digunakan, bulat untuk makanan manis sementara pinggan bujur untuk makanan savori.  Tapi itu dulu, sekarang gaya persembahan telah banyak yang berubah. 
Ini sebenarnya percubaan yang ke-3 untuk menghasilkan Sawalla' yang bersira cantik, licin, berkilat dan tidak melekat-lekat.  Percubaan menyira kali ini dah kira ok berbanding sebelumnya, namun bila dah lama, gula itu mencairlah pulak tak bertahan seperti dalam gambar.  Siapa berminat nak buat klik resepi sini.
Bentuk bulat bujur seperti ini, saiz ikut suka ye...saya suka mengelat sebab tu buat besar-besar, biar cepat habis menggentel.
Goreng hingga kekuningan...hati2 tau time goreng tu sebab kadang2 ada yang bertukar jadi bom jangka, meletupss terbang keluar seperti bila kita menggoreng keropok lekor.
Saya suka makan yang togel macam ini jer, yang belum di sira gula.  Rasa lemak-lemak dan manis sedikit.
Kali ini berjaya dah buat sira, namun masih tidak puas hati sebab saya nakkan sira gula yang bentuk kristal tu.  Hingga kini masih tak tahu timing yang betul untuk menghasilkan sira yang seperti itu.
Wassalam.

Jalan-Jalan Ke Kuala Selangor

Assalam...
Continue cerita jalan-jalan ke Kuala Selangor hari itu, tak plan sebenarnya, benci bila plan selalu tak jadi.  Petang tu kami hanya plan jalan-jalan hingga kapar untuk melawat sedara dan budak kecik Daniyel tu.  Tapi bila dah sampai situ, dipanjangkan ke Kuala Selangor bila tanya ada sesiapa yang pernah naik ke Bukit Malawati.  Jawapannya tidak, so moh kita pergi tengok apa yang ada kat sana.
Pekan yang kami pergi ini, tak tahulah yang ini dikenali sebagai pekan baru atau pekan lama.  Pekan lama kot, sebab dekat dengan kawasan tinggalan sejarah.  Pengunjung yang berhajat untuk menginap di Kuala Selangor pun boleh, trdapat banyak penginapan yang disediakan.  Senang check in jer mana2 tempat penginapan yang disukai dan bersesuaian budget anda. 
Lokasi pertama kami pergi Taman Alam, tapi tengok tempat ini sunyi jer melainkan kami mendapat sambutan oleh monyet yang banyak.  kami tak masuk sini, nak pergi Taman Ikan Air Tawar pun tak sebab dah tutup.. 
Tengoklah mereka ini, bermaharaja lela sungguh, bermaharaja lawak pun ada macam nak tarik perhatian kami pulak.  Off course kami tak kecuali budak kecik tu yang sangat2 teruja.
So kami putuskan untuk ke sini.  Masa sampai, kaunter tiket dah tutup, so dah tak boleh naik train.  Petugas tu kata, tunggu hingga semua train turun, lepas itu kami boleh naik menggunakan kereta sendiri.  Ingatkan kena jalan kaki dah panjat bukit.
Pelawat yang datang awal boleh menggunakan perkhidmatan train ini untuk naik ke atas Bukit Malawati.
Berdekatan tempat kami parkir kenderaan kami ternampak yang ini, Al kisah Batu Hampar (The Bedrock)
Pendapat mengatakan ianya sebagai tempat memancung penderhaka atau tempat raja untuk memerhati keadaan pekan Kuala Selangor.
Agaknya inilah tapak kota malawati seperti yang disebutkan itu.
Terdapat banyak meriam puntung seperti ini terletak di sekeliling kota.
Nampak tak benda apa yang banyak kat atas pokok tu?.  Kat atas ini dda penjaja yang menjual makanan kepada pengunjung untuk diberikan pada mahluk tu.


Peta petunjuk kawasan Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Memandangkan dah petang sangat kami sampai, banyak tempat di atas bukit ini yang tak sempat dilawati...Insha Allah kemudian hari..tetapi kami sempat menyaksikan keindahan alam ketika matahari terbenam...Subhanallah memang cantik sangat.
Rumah api yang telah banyak berbakti sebagai panduan navigasi kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.
 Wassalam.

Sunday, 20 April 2014

Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor

Assalam...
Singgah sebentar tunaikan solat asar di sini sebab sebelum bertolak tadi belum masuk waktu.  Saya  cam sangat masjid ini sebab ianya pernah menjadi penanda aras ketika kami sesat dahulu....cerita lama, sesat di kala senja ketika hujan gerimis...
Masjid ini terletak di tepi jalan utama sebelum memasuki pekan Kuala Selagor dari arah Kapar.
Telekung wakap untuk kemudahan para pegunjung wanita bersolat.
Ruang solat wanita.
Ruang solat utama masjid.
Seni ukiran yang terdapat dalam masjid adalah sama dengan ukiran yang boleh dilihat di bahagian luar dan menara.
Masjid kubah kuning ini akan sentiasa terpahat dalam lipatan kenanganku.
Wassalam.