|
Takde rupa Pisang Goreng dah....Food Presentation seakan-akan menu restaurant fine dining gitu. |
Assalamualaikum...
Semoga kita semua dilimpahkan dengan kesihatan dan ketenangan hendaknya. Hujung2 minggu begini masa untuk beraktiviti bersama keluarga, ada yang pergi beriadah, shopping, balik kampung mahupun saling kunjung mengunjungi sanak saudara mahupun taulan. Bagi yang bekerja seperti Mulia, hujung minggu waktu untuk membereskan kerja2 rumah yang tertangguh, mendobi, mengemas rumah, berehat, membaca, kalau rajin mengilap skill kat dapur dan macam2 lagi. Seakan cuti 2 hari atau sehari itu tak cukup untuk melaksanakan semuanya.
Menu minum petang hari, Mulia nakkan yang simple dan dapat mengimbas nostalgia kampung halaman.....taraaaaaaaa Goreng Pisang dengan secawan teh 'O'. Menu goreng pisang ini bukan hanya sebagai minum petang, masa sarapan pun akan jumpa menu ini masa dahulu. Ketika itu memang terdetik rasa cuak dan bosan untuk menjamahnya setiap hari pagi dan petang, namun itulah menu yang paling bermakna yang dapat disediakan ketika itu.
Waktu telah merubah segalanya, terutama bagi mereka yang telah berhijrah ke bandar meninggalkan kampung halaman. Cara makan dan menu harian sudah jauh berbeza, sungguhpun segalanya boleh didapati di bandar, namun suasananya jauh berbeza dan kenangan itu hanya akan tertinggal dibenak untuk dikenang selamanya.
Sejauh mana pun anak kampung itu bisa terbang mengapai impian, bila pulang ke gagang semula, menu zaman kanak2nya yang akan dicari. Begitulah nostalgia mempengaruhi kehidupan manusia....kerana Mulia jugak tidak terkecuali.
Jom check resepi mudah menyediakan Pisang Goreng ini.
|
Walaubagaimana rupa pun atau cara dipersembahkan, Mulia tetap suka dengan Pisang Goreng yang menggunakan Pisang Sabah ini. |
|
Inilah rupa Pisang Sabah, di negeri Sabah orang mengenal pisang ini dengan nama itu. kalau negeri lain di Malaysia menggelarnya dengan nama seperti Pisang Kapok mahupun Pisang Abu. |
Goreng Pisang
Pisang yang telah masak - buang kulit dan belah isi menjadi 2 atau 3 keping (kalau tak ada pisang sabah, pisang lain pun boleh seperti pisang raja, pisang tanduk, pisang nangka, pisang awak)
1 cawan Tepung gandum ataupun Tepung Beras
1/2 sudu teh Air kapur makan.
Secubit garam
sedikti serbuk kunyit (opsyenal untuk menghasilkan warna tepung yang kekuningan, kalau tak letak pun boleh)
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng.
Cara Menyediakan
1. Gaul tepung bersama kapur, garam dan serbuk kunyit. Bancuh dengan air sehingga sebati, kelikatan bancuhan seperti kita hendak menyediakan penkek ataupun lempeng.
2. Panaskan minyak. Minyak hendaklah cukup untuk menggoreng secara penuh (deep fry).
3. Celupkan kepingan pisang kedalam bancuhan tepung (better) dan masukkan ke dalam minyak panas.
4. Balik2 kan pisang ketika menggoreng agar pisang goreng kita rata masaknya. Bila dah kekuningan. Angkat dan toskan minyak
* Boleh dihidang begitu sahaja atau di makan bersama sambal kicap ataupun sambal tomato....selamat mencuba
Entri akan datang Mulia akan ceritakan bagaimana negeri Sabah mendapat namanya daripada pokok yang bergelar Pisang Sabah Wassalam.