Wednesday 10 January 2018

Lao Mandre: Anak Dol Pizza - Pizza kayu Api Jerantut


Assalam...
Balik kampung pahang hujung tahun hari tu sebab nak bercuti dan pergi kenduri sepupu.  Balik dari kenduri singgah beli pizza kayu api yang tengah top di Jerantut, Pahang sekarang ini.  Pizza anak dol yang dibakar secara tradisitional menggunakan kayu api.  Gerai pizza ini, terletak di Kampung Bukit Dinding, tepi jalan utama Temerloh - Jerantut.  Kalau dari Temerloh jumpa pizza ini dulu sebelum jumpa bandar Jerantut.  Cari batu tanda tu betul-betul terletak bertentangan dengan kedai pizza.



Sebenarnya saya pun tak tahu pasal pizza nie, adik-adik ipar yang ikut pergi kenduri tu yang cakap.  Biasalah deme mesti follow benda-benda berkaitan dengan kampung deme kan.


Waktu jualan pizza ketika ini hanya pada 2.30 hingga 6.30 petang.  Beratur dan memang kena tunggu lama terutama hari-hari cuti.  Menurut adik yang bungkus tu, mereka sediakan doh pada sebelah pagi dan sebelah petang baru sediakan pizza mengikut pesanan.  Mereka buat pizza fresh dari scratch tau, bukan guna base frozen.  Kami petang tu, sejam lebih kot baru dapat pesanan, tapi dah alang-alang menyeluk pekasam, tunggu juga lah sampai dapat.


Harga pizza mengikut size S, M dan L.  Petang tu kami pilih ayam hawaii dan ayam sosej & mushroom, size M cukuplah sebab kedua mertua tak makan pizza, tak berehi katanya.


Inilah dapur yang digunakan untuk membakar pizza secara tradisional.  Betul-betul macam kat Italy negara asal kelahiran makanan nie, walhal kat Jerantut saja.


Setakat ini mereka hanya mempunyai satu dapur untuk membakar pizza, sebab tu kena tunggu turn nak selesaikan order pelanggan.  Sebelah dapur tu nampak macam dah ada rangka untuk buat dapur yang baru, so harap lepas ini masalah menunggu lama tu boleh diatasi.


Pada setiap proses mereka sebaik mungkin akan menjaga kualiti pizza yang mereka hasilkan, macam abang yang bakar pizza nie.  Saya nampak abang tu reject satu pizza yang terkena bara kayu walaupun yang kena tu hanya pada bahagian tepi pizza saja.  Abang tu cepat-cepat minta mereka yang sediakan topping buat yang baru.


Adik yang bungkus pizza tu bagi tahu, sekarang orang terlalu ramai yang datang selepas cerita pizza kayu api ini masuk tv.  Patutlah dari jauh dah nampak banyak kereta parkir di tepi jalan.  Sempat gali info sehari dapat jual berapa biji pizza? Lebih kurang 200-300 keping katanya.  Ligat otak nak kira berapa pendapatan jualan pizza sehari.


Lepas pos kat ig pasal pizza kayu api nie, sahabat saya 'dm' tanya sedap sangat ke?  Memang sedap tak caya try lah sendiri.  Setanding dengan pizza berjenama, lagi best sebab base pizza tu walau dah sejuk tetap lembut dan gebu.


Okey, kalau dah sampai Jerantut, jangan lupa cuba pizza kayu api yang dihasilkan oleh anak-anak Dol ya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment