Saturday 21 October 2017

Lao Mandre: Nasi Arab Aroma Hijrah


Assalam..
Seingat nya makan nasi arab ini sebelum berangkat ke arab hari itu, cewah sebab nak pergi arab, pekena nasi arab dulu.  Ambil aura kata orang.  Sampai arab tak makan pun nasi arab, cari nasi melayu juga, dapat nasi indo.  Sudah lama tak makan nasi arab, nak pergi tempat yang biasa dah berpindah lah pula.  Cari punya cari hanya restoran ini yang dekat untuk kami pergi (walau hakikatnya jauh), restoran ini terletak di TTDI Jaya, Shah Alam.


Masuk ke restoran ini rasa wow juga lah, susun atur dalaman restoran yang ok, walaupun tak berupa arab sangat macam kena makan dalam khemah badwi kan.  Paling penting kebersihan, baru selamat makanan yang kita makan.


Belek-belek buku menu tak tahu nak pilih apa, selalu makan nasi arab tahu makan nasi mandy saja.  Rupanya ada banyak jenis ya nasi arab ni, lepas ini tak boleh lah cakap nak nasi arab saja, tu terlalu umum.  Kena sebut nama nasi arab tu, mandy, kabsah atau maqlubah.


Lagi satu chef bagi tahu, kalau nak rasa nasi arab yang terbaik, kena pilih gandingan yang serasi iaitu nasi arab dengan kambing.  Gandingan bersama ayam pun ada jika tak gemar makan kambing.


Jika tak suka makan nasi, terdapat menu lain yang boleh dipilih seperti shawarma.  Tapi jangan lah ko minta tomyam pula ya dek, memang nak kena luku kepala tu.


Hidangan nasi arab boleh dipesan secara dihidang menggunakan dulang / talam (group ramai) dan portion individual (pinggan).  Tapi kami hari itu walaupun datang berdua saja, kami minta dihidangkan guna dulang walhal dulang itu untuk 3 orang ke atas.


Nasi Mandhi yang kami pesan, ini lah rupa nasi maqlubah rice.  Nasinya telah dicampur dengan sayur-sayuran seperti lobak merah dan ubi kentang.  Rasa nasi maqlubah lebih berat, jadi kalau nak yang rasa dia light2 gitu boleh pilih nasi mandy saja.


Order side dish yang ini, Lamb skewer. 


Jus nanas yang sangat menyegarkan.


Nampaknya resto ini memang ramai penggemarnya.  ketika kami nak balik, masih ramai yang beratur di pintu luar menunggu untuk tempat duduk.


Tapau baklava bawa balik, benda ini manis dan berlemak.  Kena makan sedikit demi sedikit.


Restoran ini dah masuk list chef recommendation, boleh datang makan sini kalau sesiapa yang minat makan, makanan arab.   
Wassalam.

No comments:

Post a Comment