Thursday 11 February 2016

MASJID NURUTTAUBAH LAPEO


Assalam.....
Masjid Nuruttaubah diasaskan oleh K.H Muhammad Thahir (lebih dikenali sebagai Imam Lapeo) mengambil nama sempena nama sebuah kampung di kecamatan Campalagian, Polewali Mandar.  Imam Lapeo merupakan salah satu tokoh yang disebut dalam wali pitue (7 Wali) yang mempunyai pengaruh besar dalam penyebaran dan pemantapan agama islam di kalangan masyarakat khasnya di tanah Mandar (jarak kira-kira 290km dari Makassar).


Berhadapan dengan masjid, adalah deretan rumah-rumah waris Imam Lapeo yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Masjid Nuruttaubah sehingga kini.

Pelebaran jalan poros Polewali - Majene menyebabkan pintu gerbang utama masjid telah sampai ke garisan jalan utama.



Proses perluasan dan pembesaran ruang masjid jugak telah sampai ke kawasan makam yang menempatkan makam Imam Lapeo dan ahli keluarga beliau.


Makam Imam Lapeo (K.H Muhammad Thahir) yang terletak di tepi masjid sentiasa mendapat kunjungan daripada orang tempatan mahupun dari luar daerah.


Di ruang tepi beranda atau kawasan kaki lima, berdirinya menara masjid yang mendapat perhatian ramai.  Menurut mereka yang pernah berkunjung ke sini, dahulu pengunjung dibenarkan untuk mendaki sehingga ke tingkat atas.


Ruang sholat yang terletak di tingkat bawah.


Mimbar Masjid Jami' Nuruttaubah Lapeo.


Eskalator turut disediakan sebagai kemudahan jemaah untuk ke ruang solat di tingkat 2 dan 3 selain tangga biasa.

Selain nukilan kalimah suci al-Quran, turut dicatatkan adalah nama-nama individu pada setiap penjuru tiang-tiang utama dalam masjid.  Mereka ini adalah nama-nama yang telah memberi sumbangan terhadap pembangunan dan pengembangan aktiviti masjid.

Ruangan masjid di tingkat 2.  Ketika kami berkunjung pada hari itu, kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung di tingkat 3 menyebabkan ruang dalaman masjid berdebu.

Pandangan ke arah tingkat bawah dari tingkat 2 masjid.


Carta yang mencatatkan sejarah penubuhan dan nama-nama individu yang bertugas di Masjid Nuruttaubah Lapeo sejak awal pembinaannya pada tahun 1902.


Rukun dan hukum-hukum islam yang dicatatkan di dalam setiap kubah masjid.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment