Thursday 18 June 2015

Gerai Ikan Teluk Panglima Garang

Assalam...
Hari itu edisi jalan-jalan cari pasal hingga ke Pulau Carey melalui Teluk Panglima Garang.  Ada satu simpang sebelum masuk jalan ke Pulau Carey, dekat simpang tu ada gerai-gerai macam usang.  Nampak ramai orang, kereta pun banyak singgah, ingatkan tempat makan ker apa.  Nak pastikan kami pun turun juga nak menggecek apa ke benda dijual di tempat itu.
Wah bestnya, rupa-rupanya bawa bumbung usang tu ada gerai menjual hasil laut, ikan, sotong, ketam, udang dan sebangsanya.  Lagi satu yang best sebab sangat fresh.
Peniaga yang berjualan di situ ada melayu, ada india, ada cina.  Sempat tanya harga ikan parang memang murah jika dibandingkan dengan harga di pasar biasa atau pasar borong. 
Penurut penjual di situ, gerai buka setiap hari dari pagi hingga petang dan hasil laut yang mereka jual kebanyakkannya datang dari nelayan Pulau Carey.
Kawan-kawan yang rasa nak dapatkan bekalan untuk seminggu ker, untuk kenduri ker boleh datang dan beli di sini.  Diingatkan silalah bawa tong or cooler box masing-masing untuk menjaga kesegaran hasil laut yang anda beli. 
Depan gerai itu ada gerai yang menjual cendol dan ABC, boleh beli untuk buka puasa.  Selamat berbuka puasa kawan-kawan, seronok kerja bulan posa ini sebab boleh balik awal.  Dapat elaun 1 jam awal, dah kira oklah tu.  Kena nak kerja 6 jam jugak macam kawan-kawan kita yang duk Brunei sana?.
Wassalam.

1 comment:

  1. 2020... sye baru pgi sane mggu lepas kerana mdeway... ke pantai morib... ada perasan gerai di simpang itu

    ReplyDelete