Tuesday 23 December 2014

Warong Man Pahang (22)

Assalam...
Ini warung yang kami singgah breakfast ketika perjalanan dari Batu Balai ke pekan Jerantut.  Kalau tak silap diorang cakap kampung ini nama Kampung Bahru.  Jadi warung ini terletak di Kampung Bahru Jerantut dan memang femes dengan menu roti canai.  Roti canai dia setanding dengan roti canai yang dijual kat resto-resto mamak di KL sana.  Kena cepat sebab makanan cepat habis dan warung ditutup.
Warung kampung jer, bukan restoran tau...jadi jangan nak mengada-ngada nak minta buku menu..kang ada jugak kena pelempang oleh si Man Pahang nanti.  Tengok jer kat senarai harga pada banner yang tergantung tu.  Itulah menu yang ada dan harganya sekali.
Murah kan, standartlah ikut harga kampung.  Teh 'O' lima posen jer, roti kosong baru sembilan posen.  Kami breakfast 8 orang baru RM16.00 semuanya. 
Ketika kami sampai tu dalam jam 9 pagi, itu kira dah lewat, sebab makanan yang ada tinggal roti canai.  Baru ingat nak pekena roti bakar, adik ambik order tu cakap semua dah habis.  Jadi nak senang kami semua order roti canai saja roti canai kosong dan roti telur.  Kiranya warung ini mulakan operasi awal pagi lah yer, sebab baru jam 9 pagi semua makanan dah habis atau sebab mereka sediakan sikit.  Lagi satu sebab orang kampung rajin bangun awal nak gi menoreh, pergi kebun, lepas subuh terus mulakan aktiviti harian.
Adik ambik order tu siap pesan, roti nak banyak mana pun ada, tapi kuah kari tinggal sikit.  Tak kisahlah dik janji dapat roti pandai-pandai kamilah nak share dan jimat kuah tu nanti.
Kami pun enjoy semua menghadap roti masing-masing.  Biasalah kalau ada yang makan 2 keping seorang tu.  
Minuman kami pun senang saja nak buat sebab hampir semua member dalam geng ini suka minum teh.  Dua tiga saja yang minta minuman lain, selera orang bandar mereka ini, nasib tak minta jus buah, kalau tak ada yang dapat cuka getah kang.
Selain balang gula atas meja, saya perasan balang ini turut ada, pada setiap meja.  Satu srategi lepas ambil sarapan terus telan maajun ini.  Vitamin orang kampung diperbuat daripada akar kayu terpilih, rempah gunung dan madu asli.  Satu paket RM1.50. 

No.22 tu tak pasti nombor ape, nombor bertuah ker atau lokasi di batu 22, entahlah.   Tapi kalau ini cawangan yang ke-22 memang tabik springlah kat abang man ini.
Wassalam.

2 comments: