Monday 21 July 2014

Sanggara' Belanda

Assalam..
Menu berbuka ketika 1st puasa hari itu, Sanggara' Belanda.  Dah lama teringin nak makan benda ini tapi nak mencari pisang yang berkenaan tak jumpa-jumpa iaitu pisang raja.  Kalau kat Sabah malas nak buat, bolehlah jumpa masa pergi kenduri kendara orang Bugis sebab mereka memang ada menyajikan kuih ini.  Bagaimana menu ini mendapatkan namanya pun saya kurang pasti, tetapi ada kemungkinan cara penyediaannya yang memerlukan pisang digoreng sebanyak dua kali dan sinonim dengan kedatangan penjajah Belanda ke Indonesia.
Kebetulan sebelum puasa hari itu, lalu kat kedai bawah tu dan terpandang pisang raja yang besar tapi belum cukup masak.  Terus cop satu sikat yang paling besar dengan tuan kedai sebab memang jarang jumpa diorang jual pisang ini, selalu pisang berangan atau montel je.  Pernah jugak beli kat pasar borong tapi lepas goreng kecut sekecil jari kelingking.  
Sanggara' Belanda
Sumber: Kak Soda

Bahan-bahan
1 sikat pisang raja yang dah masak ranum
2 biji telur.
* Goreng pisang ke dalam minyak penuh hingga kekuningan.  Angkat dan biar sejuk seketika.
* Celupkan ke dalam telur untuk mengoreng kali kedua.  Goreng sekejap saja.
* Belah bahagian tepi pisang dan masukkan inti.  Sebaiknya lakukan ketika pisang masih panas supaya majerin dan gula akan mencair di dalam pisang yang hangat. 
 
Bahan inti
1/2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk (kasar).
3 sudu majerin
1/2 cawan gula pasir (ikut manis yang dikendaki).
* Gaul semua bahan hingga sebati dan disumbatkan ke dalam pisang.  Biar seketika sehingga sari dari inti akan meleleh keluar.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment