Friday 15 March 2013

Masak Hitam Makanan Warisan Suku Kaum Suluk

Sup Daging Hitam Makanan Tradisi Suku Kaum Suluk


Assalamualaikum wbt semua,
Hanya satu kebetulan, N3 Mulia kali ini tiada sebarang kaitan dengan isu yang sedang berlaku di Sabah ketika ini.  Pepatah Melayu mengatakan “lain padang lain belalang, lain orang lain budayanya”.  Inilah yang berlaku kepada keluarga sepupu Mulia yang telah berkahwin campur dengan suku kaum Suluk di Sabah.   
Yang Mulia tahu, suku kaum ini merupakan nelayan yang mahir dan mendiami kawasan pulau-pulau dan persisir pantai di Sabah mahupun Filipina.  Sumber protein mereka kebanyakan daripada hasil laut iaitu ikan.  Kalau di Sabah, suku kaum Suluk terkenal dengan menu Ubi Kayu Kukus yang dimakan bersama Ikan Rebus.  Ubi kayu akan diparut dan diperah untuk mengeluarkan jusnya. Kemudian ubi tadi dikukus bersama garam.  Ubi kayu boleh dikatakan sebagai makanan ruji suku kaum suluk sebagai mengantikan nasi seperti menu utama orang melayu.
Namun baru-baru ini, Mulia telah mengenal satu lagi menu istimewa suku Suluk iaitu Sup Daging Hitam, warna, rasa dan baunya sangat unik.  Menu ini disediakan oleh mak mertua kepada sepupu Mulia ketika majlis cukur jambul anak meraka.  Mula2 tu Mulia sangkakan sotong masak hitam, sebab keluarga Mulia memang selalu masak sotong dengan dakwatnya sekali.  Sekali pandang macam letak arang pun ada.  Warna hitam datangnya daripada isi kelapa yang di bakar sehingga rentung dan dihancurkan yang kemudian dicampurkan ke dalam sup tersebut.
nasamulia
Ramuan memasak menu ini hanya menggunakan bahan2 seperti, bawang, halia, lengkuas dan kelapa tanpa sebarang rempah.
In Shaa Allah, Mulia akan mendapatkan resepi dan cara menyediakan resepi ini kelak dan boleh dikongsikan dengan kawan-kawan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment